Thursday, 25 October 2018

DARI BILIK SEWA KE RUMAH IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hana nak tulis satu kisah daripada seorang leader RYG yang sangat sangat memberi inspirasi untuk hana dan hana yakin juga dapat memberi inspirasi untuk korang semua.

memang benar setiap orang ada ujian masing masing. cuma yang membezakan nya adalah cara kita mencari penyelesaian untuk selesaikan masalah tu.

siapa sangka hidup yang dulu kak ita hanya mampu sewa bilik setiap bulan untuk hidup berdua dengan husband akhirnya sekarang mampu miliki rumah sendiri siap package ID lagi. tinggal masuk rumah bawak diri dan kain baju je.

best ke best ?




jom baca kisah kak ita yang hebat ni 😊

============================================================

selepas kawen saya PJJ dengan suami kejap dan decided untuk ikut suami selepas beberapa bulan kawen. terus resign dan bertukar status menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.

duit gaji kerja pulak habis digunakan untuk majlis kawen. duit saving yillek.
kiranya perbelanjaan untuk kehidupan lepas kawen tu cukup cukup makan. saving semua dah habis buat belanja. memang kena start kehidupan baru dari zero.

masa tu hanya berharapkan dengan gaji suami jelah. kiranya nak duduk KL waktu tu duit memang tahap paras hidung. nak taknak saya terpaksa pinjam duit dengan ayah untuk mulakan hidup ditempat baru.

dengan malunya senyap senyap saya cakap dekat ayah nak pinjam Rm2000 buat spare nak sewa rumah. sedih sangat masa tu rasa macam loser sangat. bila ayah bagi duit lepas tu suami decided taknak guna duit tu sebab takut ada emergency. jadi macam mana kami nak menyewa. semua nak deposit 2+1.

kalau jumpa rumah Rm600. deposit kena bayar Rm1800. campur advances api air semua dalam Rm2000+ jugak. jadi kami memang takda duit. kalau pakai duit gaji suami takkan nak tinggal Rm200 je untuk makan.

nak pakai duit dari ayah kami takut ada emergency. so kami pun decided sewa di hostel je.

hostel tu bilik je dan tak payah deposit. terus je bayar Rm500 untuk sewa bulan tu.



ni lah rupa bilik kami dulu. bilik kami pintu pertama dari ofis tu. masa ni takda sapa pun sudi nak mai rumah kami. saya pun segan nak bagi orang datang. masuk bilik kami tu terus bersila bawah je. duduk di lantai.

kami memang tak makan luar. beli periuk nasi. masak nasi dekat bilik lepas tu suami akan bawak balik lauk dari kilang dia. selalu dia akan beli lauk sama ada yang berkuah atau bergoreng dengan sayur. satu lauk je. sebab kami kira kira beli lauk dari kilang dan masak nasi kos lagi rendah. kata lah lauk kilang tu Rm3 je. sebulan untuk belanja makan dalam Rm100 +- gitu jelah.

sebab saya belum kerja jadi memang kena kira betul betul. sebab duit suami lah nak kena buat simpanan. suami akan bagi belanja dekat saya lebih Rm1000. Rm500 untuk bayar sewa yang lebih tu dia akan suruh saya simpan. balance gaji dia ada lagi yang perlu dibayar itu ini.

jadi bayangkan macam mana saya punya kira kira nak saving tu. memang ikat perut tapi kami okey je. Alhamdulilah.

lepas tu mak ayah saya nak datang. mula lah kami gelabah. 
masa diorang first time nak datang baru saya bagitau yang kami tak sewa rumah. kami sewa bilik je. tilam pun takda macam mama abah nak datang. takda tempat nak tidur 😭

ayah saya tanya kenapa tak sewa rumah kan dia ada bagi duit.
saya pun cakap lah duit tu saya simpan. ada lagi tak guna pun.
then mama ayah saya kata takpa. kita boleh tidur dekat bawah ramai ramai. kami pun jadi lega.
mama ayah saya pun datang lah bawak toto segala bagai.

bila tengah malam terbangun then tengok mak ayah tidur atas lantai gitu. korang dapat rasa tak perasaan dia macam mana ?

bayangkan lah diorang susah payah hantar belajar masuk universiti. lepas tu tengok hidup anak macam tu. mesti diorang harapkan anak berjaya. dari situ la saya tanamkan azam. saya mula cari kerja.

saya dapat kerja dekat Subang sebagai engineer. bila dah kerja semula pun tetap tak boleh nak pindah ke rumah sewa. sebab nak kena buat saving dulu. kena ada simpanan beberapa bulan gaji sebab nak bayar deposit rumah mesti 2+1. lepas tu nak kena ada tabung emergency. nak kena mula bagi ke mak ayah. nak kena mula simpan untuk balik kampung. nak balik kampung pun nak pakai duit.

jadi kami memang tak terus pindah rumah sebab taknak pikir keselesaan lagi sebab kami pikir yang utama dulu. jadi bermula lah episod saya mula mencari peluang untuk tambah income. saya mula cari bisnes apa yang saya boleh buat.

dalam nak mencari tu Alhamdulilah saving saya makin bertambah dari duit yang suami bagi dan duit gaji jadi kami pindah rumah. kami pindah ke apartment kecik je.



macam ni je apartment kami. makan pun dibawah lagi. kucing tu jelah peneman kami. tapi kalini dah dapat makan sedap sikit la. sebab duit dah ada tapi tetap masak.




masa ni jugak lah saya jumpa bisnes yang saya tercari cari tu.
saya jumpa bisnes shaklee. saya mula dengan beli set energy je sebab nak ulang alik dari subang ke rumah letih gila. keluar gelap balik pun gelap. then dari hanya beli set energy tu hanya nak cuba untuk diri sendiri. lepas tu saya tengok leader saya tu macam banyak je dapat duit dari bisnes shaklee. 

jadi saya dediced nak buat jugak lah bisnes shaklee. sebab saya dapat rasakan yang saya tak tahan dengan kerja engineer di subang. dan memang betul saya tak tahan. lagi sekali plan nak resign tanpa ada backup kerja lain. cuma harapan saya adalah bisnes shaklee.

suami saya memang termenung bila dengar saya nak resign. baru je dia nak bernafas sebab saya dapat support dia tup tup saya nak resign. saya bagitau saya nak buat bisnes. saya nak buat bisnes shaklee. suami saya tak cakap apa pun sebab dia pun tak percaya kan bisnes shaklee tu. saya sendiri pun sebab tak percaya awal awal tu. tapi sebab taknak suami rasa sedih saya cakap dengan yakinnya. takpe saya buat bisnes ni betul betul. nanti saya tolong awak okey.

jadi saya officially resign dan mula bisnes. bulan pertama saya buat shaklee saya dapat Rm600 je. saya ajak suami beli sofa sebab rumah kami takda sofa. tapi last last kami tak beli pun sofa. kami beli sangkar kucing kami. masa tu dah beranak pinak. kami tidur bergelimpangan. 

dari Rm600 saya buat bisnes betul betul. stick dengan niat asal nak tolong suami. memang rezeki mencurah curah. dari nak tolong suami tu dapat tolong mak ayah pulak. 

bulan seterusnya naik jadi Rm2000 lepas tu naik Rm4000 naik lagi ke Rm6000. dan naik makin naik. baru lah kami pindah ke rumah landed 2 tingkat.

bye bye bilik sewa dan apartment. masa ni mak ayah saya memang excited sangat dah. dari tidur bilik sewa dapat tidur dirumah sewa 2 tingkat. tapi tak boleh nak deko apa sebab bukan rumah sendiri kan.

lepas tu kami decided nak beli rumah dekat Eco Majestic ni. suami tengok tengok terus berkenan. agent yang bawa kami tengok rumah tu macam pandang kami atas bawah atas bawah. suami terus cakap nak beli rumah tu. agent terkejut. saya lagi la terkejut.




then agent tanya okey jom pergi ke office nak buat booking segala. masa booking tu on the spot kena bayar Rm13k. tak tau le agent tu nak test ke apa kan. dia tanya dengan muka sinis. 

"YOU SERIUS KE NAK RUMAH NI ?YOU ADA KE R13K NAK BOOKING? "

kami dah selekeh sebab datang dari rumah sewa. rumah sewa kami sebelah taman je. dengan seliparnya. dengan seluar tracknya. suami pun cakap dekat agent, ada kejap nak transfer then kami pun transfer.

terus agent tu baik dengan kami. haha
sebab kami beli subsales jadi duit down payment memang kena ready. jadi agent mintak lagi Rm25k. dia tanya lagi sekali.

"YOU ADA KE RM25K NI?'"

kami cakap ada, terus buat transfer.
barulah dia mula nak sediakan document untuk loan bank. masa nak buat loan ni la baru agent tau kami ni buat bisnes shaklee. dan bila dia tengok slip bisnes shakele ni memang terus jadi kawan baik kami. hahaha



dia tengok je 6 bulan slip terus dia cakap komfem lepas you punya loan.
tengok tengok harini submit tak sempat seminggu bank call. bukan 1 bank tapi banyak bank berebut rebut nak kami buat loan dengan depa. sampai tak larat nak layan. dan kami decided nak CIMB sebab kami dapat loan 95%. 

ada bank yang siap cakap jangan sign lagi sebab dia nak kawtim dengan bos dia.
last sekali UOB nak bagi 95% + 5% (untuk lawyer urusan apa benda entah sampai kami naik tak faham) tapi memang bank berebut lah.

dah setel urusan beli rumah, sampai lah ke urusan renovation rumah dan deco rumah ni. 
semuanya hasil bisnes shaklee je. 

so ni lah rumah kami sekarang. now tunggu baby lahir pulak. Alhamdulilah ada hikmah kenapa Allah bagi rezeki anak lambat. tak boleh bayang macam mana kalau anak lahir time duduk dekat bilik sewa tu. 

jadi perancangan Allah memang sebaik baik perancanganNya.






















jadi korang rasa inspirasi tak dari cerita kak ita ni ?
hana rasa hebat sangat daripada nobody boleh jadi somebody sampai pihak bank pun berebut rebut macam vvip sangat.

jadi setiap masalah yang pasti ada penyelesaiannya. cara nak kita tangani sahaja berbeza.

korang kalau adalah masalah kewangan cari lah side income. kalau boleh biarlah bisnes tu dapat menjamin masa depan korang.

bisnes shaklee memang dah terjamin.
pihak bank pun memang takda ragu ragu kalau korang nak buat loan submit payslip shaklee. dan yang penting bisnes shaklee boleh diwarisi tanpa perlu adanya produk sendiri.

boleh establish company sendiri dengan nama SDN BHD dan hanya gunakan produk shaklee.
untung ke untung ?

jadi kita para wanita especially housewife cari lah income sendiri.
bukan apa masa depan kita taktau macam mana kan sekurangnya kita ada backup yang membantu kita di masa hadapan. 😄

untuk slot agen intake November hana dah buka.
kalau korang berminat nak start dengan bisnes shaklee boleh whatsapp terus. nanti hana explainkan apa lagi benefit yang korang akan dapat dalam bisnes shaklee.

jadikan diri kita sebagai inspirasi wanita diluar sana!

Hana
(SID 1253416)
0174434992



TQ sudi membaca entri kalini 😁






Wednesday, 3 October 2018

8 CARA UNTUK KELIHATAN CANTIK DAN LEBIH MUDA

ASSALAMUALAIKUM 

Harini hana nak share tips yang boleh korang amalkan untuk sentiasa tampil cantik dan muda dari usia sebenar.

Semua orang ingin kelihatan lebih muda kan. Sesetengahnya beralih kepada rawatan yang mengasari kulit dan prosedur pembedahan menyakitkan, tetapi itu bukanlah satu-satunya cara yang ada. Kekal muda (dan kelihatan muda) dengan pemadam penuaan yang menakjubkan, ringkas dan mudah diikuti!

ANJAL DENGAN KOLAGEN


Kolagen dijumpai dengan banyak di bawah kulit anda, memberikan struktur dan mengekalkan keanjalan. Tanpa blok bangunan ini untuk kulit, krim anti-penuaan anda akan menjadi tidak berkesan. Peningkatan pengambilan kolagen sangat disyorkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tandatanda penuaan. Pengeluarannya meningkat dengan penambahan Vitamin C kerana ia membantu menyambungkan kolagen bersama, meningkatkan ketegangan dan keremajaan kulit. 

SUPPLEMENT DENGAN VITAMIN C 


Vitamin C meningkatkan keupayaan kulit untuk memperbaiki dirinya sendiri, menghasilkan kulit yang kurang kedutan, dan melembutkan kulit yang kering serta kasar. Ia juga bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia juga merupakan komponen yang diperlukan dalam penghasilan kolagen di mana ia membantu menyokong kulit yang tegang, lembut, berseri dan sihat.

GUNA SET PENJAGAAN KULIT YANG BETUL


Bina kulit yang sempurna dengan penjagaan kulit yang betul. Cari produk yang mengandungi bahan semula jadi, selamat dan terbukti untuk mengekalkan keserian dan merawat tandatanda penuaan supaya anda kelihatan muda setiap hari. Berhati-hati dengan bahan kimia berbahaya dan bahan-bahan yang dipersoalkan yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan keradangan. Amalkan rutin harian penjagaan kulit kerana ianya penting untuk kesihatan kulit yang optimum.

BERIKAN DIRI ANDA URUTAN WAJAH


Urutan wajah digelar sebagai alternatif bukan invasif untuk Botox dan pembedahan. Ia membantu untuk meningkatkan peredaran pada tisu wajah anda, menghasilkan kulit yang sihat bersinar. Ia juga membantu merangsang pengeluaran kolagen dan elastin untuk kulit yang licin, lebih lembut selain menaik dan menguatkan kulit, mengurangkan penampilan sembap dan kedut.


SAYA SUKA BERSENAM


Bersenam tiga kali atau lebih dalam seminggu membantu mengelakkan kehilangan otot dan menggalakkan tidur yang lebih baik. Suai padan rejim senaman anda dengan menggabungkan senaman kardiovaskular untuk jantung dan paru-paru, latihan rintangan untuk otot, regangan untuk fleksibiliti dan senaman koordinasi untuk keseluruhan kesihatan fizikal.

MINUM AIR YANG MENCUKUPI


Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain daripada kelihatan kering dan rasa tegang. Apabila kulit dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menampung air yang hilang, menyebabkan jerawat, iritasi dan tompok kering. Oleh itu, minumlah dan lembapkan kulit anda supaya ia kelihatan bermaya, mengurangkan kedutan dan liang liang pori mengecil.

PERLU MAKAN MAKANAN BERASID LEMAK


Makanan yang kaya dengan asid lemak penting (asid lemak omega-3 dan omega-6) bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, memperbaiki penampilan kulit yang kelihatan berusia dan letih. Makanlah untuk kulit yang kelihatan lebih muda dengan menambahkan salmon atau ikan berminyak lain, sayuran berdaun, biji benih, kekacang dan bijirin ke dalam diet anda. Tahukah anda bahawa asid lemak digunakan dalam penjagaan kulit? Bahanbahan seperti ceramida, minyak zaitun dan minyak jojoba mengandungi asid lemak yang memberikan lembapan dan khasiat kepada kulit.

HIDUP HEBAT!


Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang membuat anda gembira kerana orang gembira pasti kelihatan lebih muda untuk masa yang lebih lama. Bawa kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup anda dengan melakukan perkara-perkara ringkas seperti membeli sarapan untuk rakan sekerja anda, pendengar untuk kawan-kawan atau menari dengan lagu kegemaran anda. Juga, jangan lupa untuk sentiasa senyum kerana apabila anda tersenyum, seluruh dunia akan tersenyum dengan anda.