ASSALAMUALAIKUM
Harini hana nak share tips yang boleh korang amalkan untuk sentiasa tampil cantik dan muda dari usia sebenar.
Semua orang ingin kelihatan lebih muda kan. Sesetengahnya
beralih kepada rawatan yang mengasari kulit dan
prosedur pembedahan menyakitkan, tetapi itu bukanlah
satu-satunya cara yang ada. Kekal muda (dan kelihatan
muda) dengan pemadam penuaan yang menakjubkan,
ringkas dan mudah diikuti!
ANJAL DENGAN KOLAGEN
Kolagen dijumpai dengan banyak di
bawah kulit anda, memberikan struktur
dan mengekalkan keanjalan. Tanpa
blok bangunan ini untuk kulit, krim
anti-penuaan anda akan menjadi tidak
berkesan. Peningkatan pengambilan
kolagen sangat disyorkan kerana
ia meremajakan kulit dari dalam ke
luar, meningkatkan keanjalan dan
mengurangkan kedutan serta tandatanda
penuaan. Pengeluarannya
meningkat dengan penambahan Vitamin
C kerana ia membantu menyambungkan
kolagen bersama, meningkatkan
ketegangan dan keremajaan kulit.
SUPPLEMENT DENGAN VITAMIN C
Vitamin C meningkatkan
keupayaan kulit untuk
memperbaiki dirinya sendiri, menghasilkan kulit yang
kurang kedutan, dan melembutkan kulit yang kering
serta kasar. Ia juga bertindak sebagai antioksida,
meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh
radikal bebas. Ia juga merupakan komponen yang
diperlukan dalam penghasilan kolagen di mana ia
membantu menyokong kulit yang tegang, lembut,
berseri dan sihat.
GUNA SET PENJAGAAN KULIT YANG BETUL
Bina kulit yang sempurna dengan penjagaan
kulit yang betul. Cari produk yang mengandungi
bahan semula jadi, selamat dan terbukti untuk
mengekalkan keserian dan merawat tandatanda
penuaan supaya anda kelihatan muda
setiap hari. Berhati-hati dengan bahan kimia
berbahaya dan bahan-bahan yang dipersoalkan
yang boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan
dan keradangan. Amalkan rutin harian penjagaan
kulit kerana ianya penting untuk kesihatan kulit
yang optimum.
BERIKAN DIRI ANDA URUTAN WAJAH
Urutan wajah digelar sebagai alternatif bukan
invasif untuk Botox dan pembedahan. Ia membantu
untuk meningkatkan peredaran pada tisu wajah
anda, menghasilkan kulit yang sihat bersinar. Ia
juga membantu merangsang pengeluaran kolagen
dan elastin untuk kulit yang licin, lebih lembut selain
menaik dan menguatkan kulit, mengurangkan
penampilan sembap dan kedut.
SAYA SUKA BERSENAM
Bersenam tiga kali atau lebih dalam
seminggu membantu mengelakkan
kehilangan otot dan menggalakkan
tidur yang lebih baik. Suai padan rejim
senaman anda dengan menggabungkan
senaman kardiovaskular untuk jantung
dan paru-paru, latihan rintangan untuk
otot, regangan untuk fleksibiliti dan
senaman koordinasi untuk keseluruhan
kesihatan fizikal.
MINUM AIR YANG MENCUKUPI
Minum sekurang-kurangnya
lapan gelas air setiap hari kerana
dehidrasi menyebabkan lebih
banyak masalah kulit selain
daripada kelihatan kering dan rasa
tegang. Apabila kulit dehidrasi,
ia menghasilkan lebih banyak
minyak untuk menampung
air yang hilang, menyebabkan
jerawat, iritasi dan tompok kering.
Oleh itu, minumlah dan lembapkan
kulit anda supaya ia kelihatan
bermaya, mengurangkan kedutan
dan liang liang pori mengecil.
PERLU MAKAN MAKANAN BERASID LEMAK
Makanan yang kaya dengan asid lemak penting
(asid lemak omega-3 dan omega-6) bermanfaat
untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit
anda, memperbaiki penampilan kulit yang kelihatan
berusia dan letih. Makanlah untuk kulit yang kelihatan
lebih muda dengan menambahkan salmon atau ikan
berminyak lain, sayuran berdaun, biji benih, kekacang
dan bijirin ke dalam diet anda. Tahukah anda bahawa
asid lemak digunakan dalam penjagaan kulit? Bahanbahan
seperti ceramida, minyak zaitun dan minyak
jojoba mengandungi asid lemak yang memberikan
lembapan dan khasiat kepada kulit.
HIDUP HEBAT!
Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara
yang membuat anda gembira kerana orang gembira
pasti kelihatan lebih muda untuk masa yang lebih lama.
Bawa kegembiraan dan kebahagiaan ke dalam hidup
anda dengan melakukan perkara-perkara ringkas
seperti membeli sarapan untuk rakan sekerja anda,
pendengar untuk kawan-kawan atau menari dengan
lagu kegemaran anda. Juga, jangan lupa untuk
sentiasa senyum kerana apabila anda tersenyum,
seluruh dunia akan tersenyum dengan anda.
No comments:
Post a Comment