Friday, 22 June 2018

SALAM LEBARAN 2018

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pejam celik dah seminggu kita raya kan?
rasa macam tak puasa je beraya ketupat pun tak puas makan lagi. 
hana baru perasan yang tahun ni raya hana tak sentuh langsung lemang. tetiba teringin pulak nak makan lemang.

TEAM PURPLE

raya tahun ni tema purple.
tapi nak pilih tema pun bergaduh sorang nak biru sorang nak kelabu last last purple sebab last pakai purple 7 tahun lepas kot. hehehe agaknya lah.

cer tengok gambar atas ni yang kiri tu, 
bak kata dedek " ishh, kakak ni baju nanti ambik menyerlah dulu dari orang lain"

haha,
bosan dah lah asyik pakai baju plain so kita pilihlah yang bercorak tahun ni. janji ada kaler adik beradik ungu. tahun ni jugak team bawal gitu. memang dah lama tak sentuh shawl. ikut musim gamaknya. semua gambar hana ni hana pakai bawal je. cuma tukar style je bagi nampak lawa. takda lah pakai tudung macam nak pi ngaji tu. bak kata dedek, style orang dulu. choii

BUNDA DAN AYAHANDA
comel pulak tengok gambar ni berbaris ikut ketinggian.
okey, cer korang teka hana ikut muka sapa ? hehe






OH OH TEE DEE SAMBIL TIDO
tahun ni beraya tak lengkap sebab ada 3 ibu tak berkumpul bergambar sekali pagi raya.
mak ada adik beradik 7 orang so bila kumpul tu macam kapal pecah jugak lah rumah opah penuh dengan cucu cucu. cicit je belum join lagi.

CUCU SAMSUDIN DAN SOM



perati gambar ni berapa orang je yang ready. yang lain tak tau lah tengok mana. haha
cucu tokwan din dengan opah som semuanya ada 27 orang. dalam ni ada 14 orang saja. memang tak cukup meriahlah gambarnya tahun ni.

ANAK MENANTU CUCU LEGASI SAMSUDIN
sesi bergambar dan bersalaman tahun ni nak dekat time orang pegi solat jumaat. jadi drama air mata tu kurang. tokwan siap tanya, salam salam ni tak keluar air mata pun! haha takda rasa sedih nak buat macam mana. takkan nak pi titik air paip pulak.

tapi serius rasa sekejap sangat raya pertama tahun.
rasa tak sempat nak henjoy eh dah tengahari. kalau boleh nak putar masa pi ke 1 Syawal semula. kot boleh lah noh.

OH OH TEE DEE RAYA KEDUA
raya pertama dengan kedua je pun pi berjalan sana sini. raya ketiga sampai raya kelima duduk rumah tunggu tetamu datang. nak dijadikan cerita elok time duduk rumah tu, hana tak sihat terus demam. memang rasa biul jugak kepala sebab tekak perit, selesema, kepala berat nasib tak teruk. dalam 3 hari badan dah okey terus sihat. time nak jadi sakit tu hana just ambik vitamin c shaklee tapi dose tu hana lebihkan. konsisten dalam 3 4 hari. dah okey baru ambik dose vitamin c macam biasa semula.

RAYA KEENAM

RAYA KE-7
tempat korang ketupat jenis ketupat nasi ke ketupat palas?
hana memang dari kecik tahu ketupat palas je. area sini pun memang femes ketupat tu.
ketupat nasi tak pernah lagi tengok cara buatnya masukkan dalam daun tu, lepas tu cara memasak apa semua tak pernah tengok. kalau dapat tengok ni mau jadi jakun sat.


nah sekarang zaman senang. ketupat pun order saja okey.
dah 3 tahun rasanya order dengan orang. so memang kitaorang dah tak buat ketupat sendiri, rendang je masak. ehhh, kitaorang tu macam salah je. BTW, hana tak reti anyam ketupat sebenarnya. nayaa lah kalau mak mertua nanti suruh anyam ketupat mau aku nanges kat situ.


RENDANG AYAM

LONTONG aka LODEH LIGHTING TERLEBIH NAMPAK PUCAT

banyak sebenarnya terlahap dalam perut ni. raya sesuci lebaran kan? so memang LEBARAN perut ler jadinya bukan KEMPISAN. hahaha

moga aku insaf cepat cepat lah.
bulat tahap kronik dah ni. puasa sebulan turun 5 kilo, seminggu raya naik 2 kilo.
okey ke tak okey? lepas ni workout habis habis okey. kasi fit dan slim badan ni.

DUIT RAYA TAHUN NI!
OMG!  macam tak percaya dapat duit raya banyak ni lagi tahun ni.
tapi belah mak selagi tak kawen kita orang akan dapat duit raya. memang best lerrrr.

actually duit tu semua masih dalam sampul lagi. hana tak buka dan kira pun berapa dapat tahun ni. rasa macam sayang pulak nak buka risau terbeli aiskrim nanti. hihi

okey sempena hari lebaran yang penuh kemuliaan ni,
hana nak memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa samada sengaja ataupun tak sengaja. yang mana mengenali hana tak kisah lah di alam maya ke ataupun realiti, maafkan hana halalkan segala perkara yang telah korangkan kongsikan dengan hana. semoga Allah memberkati dan merahmati hidup korang semua. inshaAllah.

ada 3 minggu lagi raya.
raya raya jugak jangan nanti baju sendat mendat 30 syawal ni. kawal nafsu makan okey.
biar berpada pada. gituuu

byeeee,
jumpa lagi next post.

TQ sudi baca entri ni 😊