Thursday, 23 August 2018

KONSISTEN DENGAN SET DETOX SHAKLEE DAH BOLEH PAKAI BAJU SAIZ M


TESTIMONI SET DETOX
====================



Una alami masalah BMI berlebihan. dalam kategori overweight la. risau kot bila lepas bersalin secara operation badan makin naik dan mengembang. dah la Una ni kurang tinggi.

Memang Una amal supplement Shaklee dah beberapa bulan tapi makan camtu jela. tapi pemakanan still tak jaga pun. mentor Una, Master Doktor Normi bagitau una boleh join group untuk detox. dalam group tu nanti una akan dapat panduan cara pemakanan yang sihat dan menu-menu sihat. teruja aih bila tau ada group camtu. 

Bila ada Geng Detox ni, Una tergerak hati nak tau macam mana detox ni. memang niat una untuk dapatkan BMI normal la walaupun ada yang kata dah elok dah badan macam tu kurus sangat tak elok. tapi Una tetap tak puas hati selagi tak capai BMI normal. πŸ˜‰

Sooo, Una nekad nak join #DetoxRamadhan sebab sebelum Ramadhan tu Una dah start tapi on off la tak serius sangat. banyak main memang kurang la hasil kan.

Dalam 2 ke 3 hari sebelum Ramadhan tu Una dah ready siap siap supplement apa yang kena ada Una standby dah dan catat sikit sikit menu apa yang Una nak makan masa sahur dan berbuka nanti.
Sebelum start puasa tu berat Una 59kg. sooo, target Una raya Una nak dapatkan sekurang kurangnya 55kg dan boleh muat pakai baju yang Una beli sebelum ni tapi sendat macam sarung nangkaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Alkisah cerita baju tu. Masa beli baju tu kelam kabut, nampak cantik tapi time tu pi dengan rombongan ada masa lagi 5 minit je kena pi dekat bas dah. una pun tawakal jela pilih saiz M, dah tak sempat nak try. almaklum la cutting orang Vietnam kan kecik kecik. balik hotel cuba mak aiiii. mmg una tak pakai la kalau nak keluar rumah baju tu. sendat mcm sarung nangka.πŸ˜… tula kisah baju tu. target raya bole pakai baju tu dengan selesa. hehe

So, masa detox Ramadhan memang sahur Una minum cinch shake je, tapi pelbagaikan la. Una blend dengan buah buahan atau dengan sayur salad. dan minum segelas performance drink setiap kali sahur.

Masa berbuka pulak Una just amalkan menu suku suku separuh je. takda la extreme sangat sebab Una ada gastrik. kena jaga jugak la. tak terlalu ringan atau terlalu berat menu yang una makan tu.πŸ˜€

Masa bulan puasa tu, dalam peti ais penuh buah & sayur. salad fresh wajib ada sebab una suka blend dengan cinch dan makan mentah camtu je. start join detox baru makan salad mentah ni, dulu pandang pun tak. haha.

Alhamdulillah. boleh puasa macam biasa dan yang bestnya lebih baik daripada sebelum ni una bersahur dengan nasi. selalu tengahari perut dah berkeroncong, tapi puasa kali ni dalam pukul 5 ke 6 cmtu baru perut berkeroncong. hehe.

Lagi seminggu nak raya tu, Una try la pakai baju sarung nangka tu. ya Ampunnnn. dah muatttt.
Rasa besttt sangat sebab memang target Una nak pakai baju tu time raya, memang Una tak beli baju lain pun. best sangat rasa bila dah muat pakai dan dah tak sendat dah. boleh pakai dengan selesa.πŸ˜€

Hari akhir puasa tu una timbang, ngam ngam macam una target. berat una 55kg. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Rasa teruja kot bila dapt capai target kan. 

So, Una nak seru sapa sapa yang tak pernah cuba lagi cara pemakanan untuk detox ni TOLONG JANGAN KATA TAK BOLEH ye. kena cuba dulu baru tahu boleh ke tak. dan una cukup pelik kalau ada orang kata KALAU TAK MAKAN NASI BOLEH MATIπŸ˜…. Una la orang tu, tapi duluuuu. sekarang ni dah boleh hidup tak makan nasi, kalau makan sayur, buah, roti pun boleh hidup aihh. hehe.

tapi jangan risau, detox ni besttt. BOLEH MAKAN NASI, TAPI KENA JAGA KUANTITI. nasi yang kita makan ye. amalkan pemΓ kanan sihat. suku nasi, suku lauk, suku buah, suku sayur. 

Okey. setakat tu jela sharing daripada Una ye. Jom Sihat dengan Shaklee sambil amalkan pemakanan sihat πŸ˜Ž

-Siti Nurrul Husna (Una Azhar)-
korang mencari set detox shaklee?
boleh terus whatsapp ke 0174434992.

nanti hana explain cara detox yang betul πŸ˜ƒ

BUAH CERI MEMBANTU UNTUK WANITA YANG ADA MASALAH SUKAR TIDUR

JIKA ANDA SUKAR UNTUK TIDUR, MINUMLAH JUS BUAH CERI. DIKATAKAN DENGAN MEMINUM JUS BUAH CERI 30 MINIT SELEPAS BANGUN TIDUR DAN 30 MINIT SEBELUM MAKAN MALAM MAMPU MERANGSANG PENGAMBILAN MELATONIN. CERI SUMBER TERBAIK MELATONIN YANG MAMPU MEMBANTU MENGATUR KITARAN TIDUR. BUAH INI JUGA DIKATAKAN MAMPU MEMBANTU MASALAH JET LAG. CERI YANG MASAM LEBIH TINGGI TAHAP MELATONIN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN CERI MANIS.
Sebenarnya banyak lagi khasiat buah ceri selain baik untuk membantu anda tidur dengan nyenyak.
Warnanya yang menawan membuatkan ceri atau nama saintifiknya prunus avium menjadi pilihan ramai. Buah ceri penuh dengan antioksidan dan menawarkan pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Secawan buah ceri atau lebih kurang 21 biji buah ceri dikatakan mengandungi kurang dari 100 kalori dan menyediakan 15 peratus vitamin C yang perlu diambil setiap hari.
Secara umumnya buah ceri yang memiliki rasa buah yang masam mempunyai kandungan zat yang berbeza dengan buah ceri yang memiliki rasa manis. Walaupun kedua-dua jenis buah ceri tersebut memiliki kandungan kalori yang cukup rendah, namun buah ceri masam itu memiliki kandungan vitamin C dan A yang lebih banyak berbanding dengan buah ceri yang manis.
Selain itu buah ceri yang masam juga dikatakan kaya dengan dengan antioksidan, beta karotena, lutein dan zeaxanthin.
Apa lagi kebaikan buah ceri kepada kesihatan tubuh?

Indeks Glisemik Rendah
Buah ceri memiliki indeks glisemik serendah 22. Indeks glisemik (IG) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan. Ini menjadikan ceri sesuai dimakan sebagai snek ringan jika dibandingkan dengan buah-buahan lain dan sesuai diambi oleh pesakit diabetes.
Perlindungan Daripada Alzheimer
Masukkan buah ceri dalam pemakanan seharian kerana dikatakan ia kaya dengan antioksidan dan mampu merangsang ingatan
Kurangkan Risiko Mendapat Stroke
Ceri yang masam menawarkan kebaikan pada kardiovaskular. Antosianin adalah pigmen yang memberikan buah ceri masam berwarna merah. Ia dikatakan boleh mengaktifkan peroxisome proliferators-activated receptors atau PPAR yang mengatur penglibatan gen dalam metabolisma lemak dan glukos. Menurut penyelidik daripada University of Michigan Health System makan buah ceri mengurangkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah dan diabetes.
Memperlahankan Penuaan Kulit
Kandungan antioksidan tinggi dalam buah ceri dikatakan mampu membantu tubuh melawan radikal bebas yang menjadikan kita kelihatan tua. Menurut saintis, meminum segelas jus buah ceri setiap hari mampu memperlahankan proses penuaan. Jus buah ceri juga dicadangkan sebagai rawatan alternatif untuk kulit.
Kurangkan Sakit Otot
Secawan setengah buah ceria masam atau secawan jus ceri masam dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dan keradangan otot.
Mengatur Tekanan Darah
Buah ceri tinggi potassium yang dikatakan mampu membantu mengatur kadar denyut jantung dan tekanan darah serta mengurangkan risiko hipertensi. Dikatakan phytosterolsdalam ceri mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol.
Melegakan Osteoarthritis
Rasa sakit dan tidak selesa sendi membengkak mampu dikurangkan jika meminum jus ceri dua kali sehari selama tiga minggu. Kajian ini telah dilakukan pada wanita berusia antara 40 hingga 70 tahun yang mengalami keradangan osteoarthritis.

Kebaikan buah ceri dalam memberikan kesihatan yang baik terhadap tubuh agak banyak. Pertimbangkan untuk menjadikan buah ceri sebagai makanan seharian anda bermula hari ini.
credit: Mingguan Wanita