Tuesday, 10 April 2018

APA TU MIGRAIN DAN KENAPA MIGRAIN MENYERANG ?


Assalamualaikum semua

Harini hana share tentang satu penyakit ni bila kena memang rasa nak hantuk lah kepala kita ni ke dinding. Tahap sakit dia memang tak boleh dibawa berbincang langsung kan. hehe

siapa yang pernah atau memang ada migrain ni memang kena banyak jaga diri dari segi rohani ataupun  pemakanan.



Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.

Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka.

Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :

💢 Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.

💢 Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.


Gejala-gejala Migrain

💖 Sakit kepala

Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. 
Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. 
Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.

Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.

💖 Aura

Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. 
Contoh-contoh aura ialah:
  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran

Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala.
Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

Faktor penyebab migrain


✅ Makan makanan yang tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.


✅ Amalkan ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.


✅ Kerap minum minuman berkafein.kafein menyebabkan penyempitan salur darah dlm badan.


✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.


✅ Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yang terlalu kuat


✅  Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dalam badan.


jadi untuk kekal sihat dan cergas hana cadangkan amalkan gaya hidup yang sihat. selalu bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat. untuk lebih membantu tahap kesihatan yang baik boleh ambil supplement untuk topup kekurangan nutrisi yang dihadapi oleh diri korang.

nak tau tentang supplement shaklee boleh contact hana.

TQ for readings.

No comments:

Post a Comment