Monday, 23 July 2018

TANDA-TANDA HFMD PADA ANAK

Assalamualaikum semua.
apa kabar? sihat ke?

sekarang tengah menular kes HFMD satu Malaysia. risau kan tambah anak anak yang masih bayi lagi.


HFMD ni cepat berjangkit tau. jadi kalau boleh elakkan bawa anak ke tempat awam dan kalau dijangkiti HFMD harap dikuaratin anak tu supaya tak berjangkit dengan orang lain.

korang tahu tak macam mana gejala HFMD ni ? Jom hana share sikit macam mana tanda tanda HFMD ni.

SIMPTOM HFMD


Tanda tanda terkena jangkitan HFMD ialah:

  1. Demam selama 2-3 hari
  2. Sakit tekak, hidung berair
  3. Ruam seperti bintik bintik merah dan sesetengahnya jadi lepuh (rashes) dk tapak tangan dan kaki
  4. Ulser mulut
  5. Muntah muntah dan cirit birit
cuba check anak korang ada tak simptom ni?
kalau takda Alhamdulilah, kalau ada cepat cepat bawa jumpa dengan doktor okey.

BAGAIMANA VIRUS HFMD NI BERJANGKIT? 

HFMD ni sangat pantas untuk berjangkit. ianya disebabkan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 serta Enterovirus 71 (EV71). 

secara tak langsung tanpa kita sedar yang anak kita akan terjangkit sama dengan melalui:
  1. Air liur 
  2. Cecair hidung
  3. Lepuh (rashes)
  4. Najis
  5. Sentuhan pada permukaan yang terdedah oleh kanak kanak yang dijangkiti HFMD

jadi jom kita cegah sebelum kena rawat. sebab anak anak ni masih bila terkena diorang tak mampu nak kata mereka sakit. jadi langkah awal korang boleh gunakan tips ni:

  • Basic H : untuk mandian supaya kering dan hilang keruping (boleh juga digunakan untuk cuci rumah dengan Basic H supaya kumana tiada dan tidak menjangkiti anak anak yang lain)
  • Herbal Blend : sapu supaya kulit tidak gatal
  • Omega Guard : untuk kuatkan imuniti anak anak. boleh masukkan dalam susu. kulit akan cepat badan dan hilang parut
  • Mealshake: Minuman untuk kuatkan ketahanan anak kerana penuh zat nutrisi. baru badan boleh lawan virus dan cepat sembuh. tambah anak anak HFMD ni akan ada ulser dalam mulut jadi selera makan akan kurang. tapi mereka boleh minnum Mealshake yang tak panas supaya tak sakit mulut. anak anak perlukan tenaga dan zat untuk cepat sembuh. Mealshake paling sesuai untuk anak yang tak mahu makan semasa HFMD


so kalau korang nak cuba Basic H, Herbal Blend, Omega Guard dan Mealshakes boleh terus whatsapp hana. klik je link tau http://hanaaarazak.wasap.my/


TQ sudi baca entri kalini 😄

Saturday, 14 July 2018

APA TU RIBOFLAVIN ?

Asaalamualaikum semua,
korang pernah dengar apa tu Riboflavin ? ataupun korang ada amalkan vitamin B?



Vitamin B terdapat Tiamin Mononitrat, Riboflavin, Niasiamida, Piridoksin Hidroklorida, Asid Folik, Sinokobalamin, Biotin, Kalsium D-Pantotenat.  

Riboflavin juga dikenali sebagai vitamin B2 yang merupakan salah satu anggota dari keluarga vitamin B complex.

Riboflavin adalah vitamin B yang sangat penting untuk mata, kulit dan juga metabolisme tubuh badan kita.

Shaklee B-Complex membekalkan kesmua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup sesuai untuk tubuh yang sihat.

🔷Vitamin ini memiliki peranan penting dalam menukarkan karbohidrat menjadi gula sederhana yang dikenal dengan nama glukosa. Tanpa adanya glukosa, tubuh tidak boleh menghasilkan tenaga.

🔷Riboflavin juga bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang gejala kerosakan yang dibawa oleh radikal bebas seperti kemusnahan sel dan DNA pada organ.

🔷Riboflavin sangat penting untuk menghasilkan pertumbuhan dan pengeluaran sel darah merah.

🔷Riboflavin adalah vitamin larut air, bermakna jika diambil berlebihan ia tidak akan disimpan di dalam badan dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan.

🔷Riboflavin secara semulajadi terdapat dalam makanan, Ia berfungsi untuk mengaktifkan enzim yang terlibat dalam pembentukan tenaga daripada pecahan karbohidrat, protein dan lemak. Namun begitu, Riboflavin mudah dimusnahkan oleh cahaya, air semasa memasak, estrogen dan penggunaan alkohol.

Antara kesan kekurangan riboflavin?

Masalah penghadaman
🔷Sakit tekak dan bengkak
🔷Bengkak dan kemerahan pada lidah
🔷Keletihan
🔷Kudis dan pecah di bahagian mulut
🔷Pertumbuhan perlahan
🔷Keletihan mata
🔷Sensitif kepada cahaya


3) Sumber Semulajadi Riboflavin
🔷Susu
🔷Yogurt
🔷Keju Cheddar
🔷Hati
🔷Daging lembu
🔷Telur
🔷Tuna
🔷Brokoli
🔷Bayam
🔷Makaroni
🔷Roti
🔷Bijirin
🔷Avokado
🔷Cendawan
🔷Yis
🔷Sayur-sayuran berdaun hijau

korang yang tengah mencari vitamin B yang terbaik, boleh lah cuba yang dari shaklee ni.
hana sendiri pun makan tau. especially yang nak berkahwin boleh dah consume 3 bulan awal. sebab sangat bagus untuk tubuh badan kita.

nak tahu tentang vitamin shaklee boleh terus whatsapp hana 0174434992.
nanti kita sembang lebih dehhh.

TQ baca celoteh kalini.
jumpa dipost yang lain okey. BYE!

Tuesday, 10 July 2018

APA TU RESVERASTROL?

Assalamualaikum semua.
harini hana share satu topik yang tak ramai orang tau pun tentang kelebihan resverastrol ni.

tahu tak resverastrol antara item yang premium yang ada dekat muka bumi ni yang khasiat ni antara yang terbaik.


Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.
Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. 

Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur anggur jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran darah dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.

KAJIAN-KAJIAN TENTANG RESVERATROL

• Menurut American Cancer Institute, resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

• Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

• Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

• Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Resevratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.

DEFINISI TEKANAN DARAH TINGGI

Ia adalah keadaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg. Tekanan darah tersebut mestilah secara konsisten tinggi pada 2 ataupun lebih waktu yang berasingan.

Tekanan darah tinggi merupakan salah satu faktor risiko yang boleh diubahsuai untuk mengelakkan penyakit seperti serangan sakit jantung, jantung lemah, angin ahmar dan juga kegagalan buah pinggang. 

Oleh itu, pesakit bukan sahaja perlu makan ubat tekanan darah tinggi, mereka juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan tekanan darah pada paras yang normal.

SIMPTOM-SIMPTOM DARAH TINGGI

Beberapa simptom ataupun tanda seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi adalah:
• Sakit kepala
• Pemandangan menjadi kabur
• Muntah-muntah
• Sakit dada
• Rasa berdebar-debar

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

👉 Umur: Risiko tekanan darah tinggi meningkat dengan pertambahan usia

👉  Keturunan: Orang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang tinggi untuk keadaan yang sama

👉  Merokok: Merokok boleh meningkatkan tekanan darah pada masa yang sama merapatkan dinding arteri

👉  Berat badan yang berlebihan: Oksigen dan nutrien yang dibekalkan oleh darah akan diukur mengikut berat badan. Berat badan berlebihan akan memerlukan oksigen dan lebih banyak nutrien, jadi ia mengambil lebih banyak jumlah darah. Jumlah dagangan meningkat darah meningkatkan tekanan darah

👉  Kurang bersenam: Orang yang jarang bersenam mungkin mempunyai kadar jantung yang lebih cepat, jadi jantung perlu bekerja lebih keras. Kerja jantung lebih keras akan meningkatkan tekanan darah

👉  Tahap garam yang tinggi dalam makanan: . Tahap garam yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan cecair dalam badan, yang seterusnya meningkatkan tekanan darah

👉  Terlalu banyak minum arak: Kandungan alkohol dalam minuman keras boleh mencetuskan kerosakan organ ke jantung

👉  Tekanan: Tahap tekanan berpotensi membawa kepada tekanan darah meningkat


Fungsi Revestrol yang terkandung dalam vivix membantu menurunkan tekanan darah tinggi iaitu:

💖 Resverastrol membantu menurunkn trigliserida, LDL, dan lemak berlebihan dalam darah serta meningkatkan nisbah kolestrol HDL dan LDL

💖 Revestrol dalam vivix berperanan sebagai pembersih pembuluh darah, membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentunya pembekuan darah

💖 Membantu mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah), mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh serta dapat mmperbaiki pengerasan pmbuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan salurah darah jantung

jangan terkejut kenapa vivix produk premiun antara yang termahal dalam shaklee.
sebab bahan yang digunakan juga sangat sangat ekslusif.

yang dapat info atau details lanjut tentang vivix boleh terus whatsapp hana okey.

TQ sudi baca celoteh kalini.
jumpa di next post. BYE!


Hana
0174434992
SID Shaklee Perak

Monday, 9 July 2018

FEEDBACK DAN TESTIMONI YOUTH SKINCARE

Assalamualaikum semua,
sabtu lepas baru je ada National Conference Shaklee yang berlangsung di Sunway. Hampir 2000 SID yang hadir.

di pentas NC tu hari pun ada beberapa orang yang share apa youth dah merubah kehidupan mereka. rata-ratanya yang berkongsi pengalaman semuanya bagi 100% feedback yang baik.

sebelum tu orang dah tau ke belum mengenai YOUTH SKINCARE ni??
ke pestime dengar nama skincare tu.


okey hana just terangkan secara random je kenapa youth ni menjadi kegilaan ramai.

Apa keistimewaan Youth Skincare ni compared to other skincare brand kat pasaran sekarang?
100% natural - bebas dari bahan kimia berbahaya
100 vegan - diesktrak daripada tumbuhan semula jadi
Tidak menyebabkan allergic reaction
Tidak menyumbatkan liang pori
Tidak diuji ke atas haiwan - cruelty free
Tidak memedihkan mata
Terbukti berkesan dan sesuai untuk SEMUA jenis kulit
Sesuai untuk lelaki dan perempuan
Terbukti mampu menjadikan kulit kelihatan lebih muda dari usia sebenar - a decade younger!
Kesan seawal 7 hari
Bebas Gluten

jadi dibawah ni hana share

REAL TESTIMONI FROM THE REAL PEOPLE




💢  Bekerja di Oil & Gas berjemur di tengah panas menyebabkan kulit jadi tak cantik. Balik rumah, anak pulak tanya kenapa mama tak cantik. Keadaan ini menyebabkan beliau down dan kurang keyakinan diri. Youth membantu dia dapatkan kulit cantik kembali.




💢 Seorang guru yang sebelum ini kurang yakin nak berdepan di dalam kelas sebab kulit berjerawat, berminyak dan kusam. Selepas mendapat efek dari Youth, pelajar cikgu Zura ajak cikgu selfie aje.Yang penting cikgu Zura pesan. Jangan ponteng Kelas!



💢  Bekerja dalam bidang kejuteraan ketenteraan sentiasa berada di bawah pancaran matahari memang mudah menyebabkan kulit muka breakout. Pakej dapat jerawat, kulit kering, kulit kasar dan kusam. Selepas mengguna kanYouth, jerawat mula kurang dan kulit semakin baik dan bersih cerah.



💢  Akibat tersalah produk, beberapa minggu lepas guna, muka breakout teruk. Jerawat batu berketul ketul naik sampi malu nak keluar COD, terpaksa pass kat orang lain sebab kurang berkeyakinan. Dapat je Youth, terus guna dan alhamdulillah, kulit cantik dapat dikembalikan semula.



💢 Student pada awalnya masa convo, muka breakout naik jerawat jerawat besar sampai gambar convo pun tak banyak ada. Dah cover dengan foundation pun tak lepas lagi. Mujur ada Youth,
lepas konsisten guna, jerawat semakin kurang dan semakin glowing!



💢 Sebelum ini, mukanya sangat berminyak walaupun berada di negara yang suhu sejuk. Kesan sunburn pun nampak. Tapi lepas guna Youth, kulit muka jadi kurang berminyak dan lebih lembut dan kesan sunburn semakin kurang.


ni antara feedback yang dikongsi dipentas NC haritu.
dan ada beribu testimoni dan pengguna Youth Skincare yang dah berikan feedback yang sangat memuaskan. jadi kalau korang nak tau lebih details dan jelas boleh whatsapp hana terus.

boleh sembang lama kan 😃

TQ sudi baca celoteh kalini.
jumpa di next post okey. BYE!

Hana
0174434992
SID Shaklee Perak

Thursday, 5 July 2018

BAGAIMANA UNTUK HIDUP SIHAT

Assalamualaikum semua.
tengok tajuk harini macam sesuatu tak?
bagaimana nak hidup sihat? hidup jelah dengan amalkan cara sihat. ye dokkk



perasan tak, kita ni lebih kepada bercakap. buatnya takda pun. sebab akan ada rasa alah nanti lah. esok lah boleh je buatkan. lama lama tak terbuat pun.

semakin meningkat usia ni, perubahan fizikal juga semakin berubah. wajah kita akan mula nampak kedut, rambut beruban, gigi banyak yang luruh, mata jadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad.

pasti korang ada rasa kebimbangan kan macam lah nak meniti hari tua ni.
betul ke tak betul ?

sebab tu persediaan menghadapi usia emas ni pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. bak kata orang "sediakan payung sebelum hujan".

proses penuaan setiap orang berbeza dan banyak bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.  sekarang ni pun banyak dah kan rawatan kecantikan samada moden atau tradisional kan untuk cantik.

sebenarnya banyak panduan untuk tampil sihat dan cergas ni. google lah yang paling senang kalau tak rajin nak membeli buku atau majalah yang berkaitan dengan kesihatan ni. betul kan? hehe

tapi kan,
apa yang kita jaga dari usia muda ni waktu tua nanti lah akan nampak kesannya. contohnya usia muda dah selalu amalkan minuma keras (bukan kita yang muslim ni lah), makan makanan yang berlemak, diet tak seimbang, tekanan dan mempunyai sikap yang negatif buat kita nampak lebih berusia dari umur yang sebenar.

korang yang selalu positif ke negatif? tanya diri sendiri cepat!
individu yang positif dan mempunyai psikologi sihat dapat melambatkan proses penuaan. jadi ubah diri kita ke arah yang lebih positif. kurangkan membawang semua tu sebab bagi negatif pada diri kita je. kan dah rugi.

sebenarnya kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet dan makanan tambahan sesuai kerana pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelak obesiti dengan memperbanyakkan pengambilan makanan rendah lemak dan lebihkan sayur sayuran.

selain tu, pengambilan makanan tambahan (supplement) seperti vitamin E, selenium, vitamin C, beta-kerotin, L-cysteine, asid folik serta zink dapat melambatkan proses penuaan kerana dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel sel badan jika diambil secara betul.

senaman juga boleh tingkatkan ketahanan fizikal dan mental bukan saja dapat mengurangkan berat badan, tekanan, malah tekanan darah rendah, mengawal tahap gula serta megingkatkan sistem imuniti badan.

untuk daya ingatan pulak, amalkan tido yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang serta lakukan senaman.

sebagai notis penting hari tersebut, korang boleh buat  List  To  Do, senaraikan perkara yang korang nak lakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemas kini sebelum korang tido. memang sangat membantu tau. hana pun buat LTD ni.

untuk wanita yang sentiasa mahu berbadan kurus dan langsing pastikan wajah korang tidak terlalu cengkung sebab buatkan korang nampak lebih tua berbanding usia sebenar.

dan yang PALING UTAMA,
perbanyakkan minum air putih atau air masak kerana dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

so sampai disini saja celoteh harini. semoga apa yang hana kongsikan ni dapat beri manfaat untuk semua. yang nak dapatkan supplement atau vitamin shaklee boleh teru whatsapp hana okey 0174434992.

TQ. jumpa dipost yang lain. BYE!