Tuesday, 3 July 2018

MULAKAN GAYA HIDUP SIHAT

Assalamualaikum semua,
dah masuk pertengahan tahun yang kedua dah ni. sekejap je kan pejam celik dah Julai.

amacam azam nak kurus, nak sihat awal 2018 tu dah berjalan dengan jayanya ke?
ke dah makin lemau atau memang tak pernah wujud pun sepanjang 6 bulan pertama 2018?
hehehe

okey,
hana nak cakapkan belum terlambat pun nak mulakan gaya hidup sihat ni. as long as korang memang berniat nak buat haruslah bertindak sekarang.

kalau dulu sesuka hati makan tanpa pedulikan kandungan bahan yang ada dalam makanan tersebut, apa kata mulai sekarang korang start lebih prihatin dan ambik tahu mana yang sihat dan tak sihat.

yang penting jangan tanguh tanguh lah.
betul tak?

sama juga macam senaman kalau sebelum ni korang memang liat lah nak buat, mulakan tekad mahu berjoging setiap sebelum pergi tempat kerja. atau boleh buat lepas balik kerja. tak boleh nak bersenam kat luar buat dekat rumah. ambik masa dalam 20-30 minit. alah buka aje youtube channel tu. macam jenis exercise ada. gugel sajorrr.

jadi bawah ni ada beberapa tip yang boleh korang guna untuk mulakan gaya hidup yang sihat. apa yang penting adalah lakukan secara konsisten dan istiqomah okey.



💝 JANGAN MAKAN SECARA BERLEBIHAN

Menjaga pola pemakanan sangat penting agar korang dapat mengatur apa saja yang boleh dimakan dan apa yang seharusnya dielakkan. penuhi pola makan empat sihat lima sempurna iaitu nasi sebagai makanan utama, lauk pauk agar tubuh kita mendapat protein dan lemak yang cukup, sayur sayuran dan buah buahan.

selain kandungan makanan yang korang atur, waktu makan juga mesti diambil kira. makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang, atur jumlah makanan secukupnya sesuai dengan tubuh badan anda.

jangan makan secara berlebihan kerana ia akan membuatkan bertambahnya berat badan dan meransang penyakit.


💝 AMALKAN MADU

Semua tahu kan kebaikan madu ni yang mana sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita. minum madu untuk menjaga tubuh agar tetap cergas.

minum madu setiap hari sangat baik untuk pernafasan kerana madu membantu menyembuhkan penyakit yang berhubungan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis, sinusitis, alahan dan selesema.

walaupun rasanya manis, madu berkhasiat untuk menurunkan glukosa kerana memiliki indeks glikemik yang rendah. madu juga boleh membuat korang tampil muda kerana memiliki antioksidan yang cukup tinggi.


💝 MENJAGA KEBERSIHAN

Kebersihan adalah perkara yang mesti diberi perhatian jika korang ingin memiliki tubuh yang sihat. jika kebersihan tidak dijaga, kuman, bakteria dan virus sangat mudah mengjangkiti tubuh korang.

jagalah kebersihan dengan cara mencuci tangan sebelum makan dan selepas membuat sebarang kerja. selain itu, mandilah dua kali sehari untuk kebersihan tubuh.


💝 PUASA

Salah satu manfaat berpuasa adalah membuang toksin atau racun dari tubuh. selain dapat mengeluarkan racun di dalam tubuh, puasa juga cara untuk merehatkan sistem pencernaan.

untuk kelihatan sihat dan bertenaga, korang disarankan berpuasa dua kali seminggu.


💝 BERSENAM

Jika sebelum ini korang tidak konsisten bersenam apa kata korang mula melakukan senaman setiap hari, atau jika tidak mampu dua kali seminggu.

bersenam dapat melancarkan peredaran darah untuk kesihatan jantung serta dapat meningkatkan tumpuan. olahraga juga dapat meningkatkan kepadatan tulang yang baik untuk mencegah osteoporosis.


💝 HINDARI TEKANAN

Tekanan memang tidak dapat dielakkan tapi korang dapat mengurangkan atau mengelak daripada tekanan.

lakukan kegiatan positif seperti rekreasi untuk mengelak tekanan. sentiasa berfikiran positif supaya korang tidak rasa tertekan terutama dengan peningkatan kos sara hidup di bandar.


💝 MINUM BANYAK AIR KOSONG BERBANDING AIR MANIS

Ubah pola makanan korang dengan memesan air kosong berbanding air manis ketika makan tengahari dan makan malam.

selain menjimatkan minum banyak air kosong baik untuk tubuh dan kulit. jika dilakukan secara konsisten korang dapati kulit lebih cantik dan berat badan kekal atau lebih kurus. sebaiknya minum dua liter sehari.


💝 MAKAN BANYAK SAYURAN HIJAU DAN BUAH BUAHAN

Jadikan amalan dengan menyediakan sayur sayuran dan buah buahan dalam hidangan. jika boleh bawa buah setiap hari ke pejabat atau jadikan snek.

ubah cara pemakanan dalam keluarga terutama untuk suami dan anak anak. ajar anak untuk makan sayuran dan buahan berbanding keropok, aiskrim dan makanan ringan yang lain.


semoga tips dan perkongsian gaya hidup sihat ni bermanfaat.
jumpa dipost yang lain. BYE!

No comments:

Post a Comment