Sunday, 1 July 2018

MAKAN EPAL SETIAP HARI

Assalamualaikum semua,
sihat ke? lama nau tak menulis kan. ehh, cerita raya haritu ada tulis lah. lupa pulak. hehe

okey sebenarnya hana dah lama tak menulis bab kesihatan dan kecantikan kan.
jadi harini nak cerita tentang Epal.


suka makan buah epal tak?
tak kisah lah yang merah ke atau yang hijau. yang penting makan. epal ni sebenarnya banyak khasiat tersendiri tau.

buah buahan lain pun banyak khasiat dia.
senang cerita semua buah kena makan lah.

epal antara buah yang ada kelebihannya, kita digalakkan makan sekurang kurangnya sebiji sehari. epal boleh dijadikan sumber makanan semula jadi berkhasiat yang serba guna dan mudah diperoleh.

bagi yang aktif dan amalkan gaya hidup sihat sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan diet yang seimbang mencakupi kabohirat, nutrien, mineral, vitamin serta serat.

buah buahan amat penting kerana makanan ini membekalkan khasiat diperlukn tubuh. namun digalakkan ambil epal sebagai snek kesihatan kerana sebiji epal membekalkan kira kira 20 peratus keperluan serat harian, lapan peratus vitamin 2 dan tujuh peratus potassium yang baik.

epal juga tiada lemak, sodium, dan kolestrol serta membekalkan kira kira 130 kalori keperluan tenaga untuk tubuh. Panduan Pemakanan Amerika Syarikat (USDA) pula mengesyorkan makan dua cawan buah buahan sehari iaitu bersamaan dua biji epal kecil atau sebiji epal besar atau dua biji epal yang dipotong dadu.

tak tahu waktu lapang nak buat apa, tapi rasa nak mengunyah haaaa epal ler sesuai untuk dibuat snek kunyah kunyah. hehe. epal dapat kurangkan rasa lapar dengan jumlah kalori yang rendah.

jangan takut nak makan epal setiap hari sebab epal mempunyai kalori yang rendah dan kaya dengan nutrien penting yang lain. sesiapa yang ingin kekalkan berat yang sihat dan dijauhkan daripada obesiti makan lah epal selalu.

selain kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C, epal juga mengandungi mineral seperti iodin, fosforus, besi, dan kalsium yang membantu dalam keseluruhan pembentukan tisu otot, kulit, organ, darah dan tulang.

kandungan fitonutrien dan antioksidan dalam epal bertindak menentang toksin didalam tubuh. seratnya pula membantu mengurangkan kolestrol buruk dan menambah kolestrol baik.

epal juga digunakan sebagai kaedah senama apabila memakan epal sebelum melakukan senaman atau aktiviti kecergasan dapat meningkatkan stamina tubuh bagi melanjutkan ketahanan senaman.

rasa nak pegi meeting atau nak jumpa kawan kawan kat luar tu, standby je epal ni. pastikan basuh lah siap siap. kang makan bau kotak lagi . hehe. lepas tu sambil nak drive ke nanti gigit jelah epal tu hilangkan rasa mengantuk ke apa kan.

jadi jom start makan epal especially epal hijau!

yang tak suka epal boleh dah lah jinak jinak makan. banyak tu khasiat epal ni.

sekian untuk celoteh harini.
jumpa lagi dilain post. BYE!

No comments:

Post a Comment