Saturday, 31 March 2018

KEBAIKAN ESP SHAKLEE

Assalamualaikum semua

Nama ESP sangat femes dikalangan penggemarnya. tapi apa maksud sebenar ESP ni?
harini hana nak cerita tentang ESP, kenapa kita perlu ambil protein dan kelebihan ESP sendiri.


ESP ialah Energizing Soy Protein

ESP adalah sumber protein soya non-GMO yang mengandungi 9 asid amino penting (histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine) yang diperlukan badan.

badan kita tak hasilkan asid amino ya.
jadi kita kena ambil dari sumber luaran.

tenaga berterusan, datang dari protein yang berasaskan protein tumbuhan
kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian.

protein soya berasaskan tumbuhan mampu mengekalkan tenaga yang lebih lama


KENAPA PERLU AMBIL PROTEIN??


protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda.

ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE

❤ Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP)
❤ Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. protein soya membantu menurunkan paras kolesterol
❤ Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan
❤ Membekalkan 9 asid amino
❤ Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat

jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari


ESP mempunyai paras GI yang rendah.

APA ITU “GI”??

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar.

makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.

saranan penggunaan:

campurkan 28g atau 3 sudu besar serbuk ESP dengan segelas susu, jus, air atau minuman kegemaran anda.







jadi dah tau kan nak cari minuman sihat yang mana satu.
tanya hana mestilah hana akan cadangkan ESP shaklee.

ESP pun boleh dijadikan bekalan sahur waktu bulan ramadhan nanti sebab ESP dapat bekalkan tenaga pada tubuh serta buatkan rasa lebih kenyang.

nak dapatkan ESP shaklee boleh tinggalkan komen dibawah atau boleh terus contact hana.

TQ for readings 😃

Thursday, 29 March 2018

PUNCA PENYAKIT GASTRIK DAN CARA ATASINYA

Assalamualaikum semua

Gastrik adalah keradangan di bahagian perut disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penggunaan ubat anti keradangan dalam tempoh yang lama. namun begitu terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan sakit gastrik seperti penyakit autoimun, Crohns disease dan lain lain penyakit.



gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastrik Ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastrik Berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser Gastrik (peptic ulcer)


merujuk kepada ulser perut. ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). 

jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

antara simptom gastrik adalah,

💖 Sakit dibahagian abdominan
💖 Rasa ingin muntah, loya
💖 Muntah muntah
💖 Pedih didalam perut
💖 Rasa tidak hadam
💖 Kurang selera makan


terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah gastrik :

💥 Elak makanan bergoreng, berminyak, pedas dan minum beralkohol
💥 Banyakkan makan dan minum dari bahan makanan seperti yogurt, teh hijau, lobak merah, air kelapa dan halia, peppermint ginger plus
💥 Amalkan kebersihan tangan sebelum makan dan makan dan minum makanan yang bersih dapat elakkan dari sakit gastrik
💥 Amalkan pemakanan yang sikit tetapi kerap
💥 Jangan tinggalkan waktu makan utama seperti makan pagi, tengahari dan malam
💥 Berhenti dari tabiat merokok
💥 Kerapkan minum air sejuk dan amalkan aiskrim




bagi yang memang ada gastrik dan selalu kena gastrik ni hana cadangkan ambik Peppermint Ginger Plus. sangat membantu untuk kurangkan rasa gastrik tu.

Peppermint Ginger Plus adalah diperbuat daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains terkini. campuran 4 herba yang dimaksudkan itu ialah Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis.

secara klinikal Peppermint Ginger Plus ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah gastrik, masalah loya, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

jangan dibiarkan atau dilayankan gastrik ni sebab ianya melibatkan usus. jadi ikhtiar penting! 😄

nak dapat peppemint ginger plus ni boleh tinggalkan komen dibawah atau boleh contact hana terus.

TQ for readings 😗

Tuesday, 27 March 2018

9 KANDUNGAN HEBAT DALAM HERB-LAX SHAKLEE

Assalamualaikum semua

Herb Lax ni saling berkait rapat dengan sembelit. jadi sesiapa yang ada sembelit ni memang digalakkan ambik Herb Lax.

malam ni makan sebelum tido esok pagi gedebushh keluar khazanah alam dalam perut dengan aman nya.

kenapa Herb Lax ni sesuai dengan masalah sembelit. jom baca yang hana nak kongsikan tentang kandungan bahan yang ada dalam Herb Lax

 


9 KANDUNGAN HERB-LAX

▶️Buckhorn bark ( Rhamnus frangula) - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan pada usus.

▶️Licorice root (Glycyrrhiza glabra) - mempunyai rasa yang manis membuatkan Herblax sesuai untuk dijadikan teh. antioksida yang hebat untuk melindungi sel-sel hati. bertindak sebagai anti radang, mengurangkan bakteria dan meminimumkan tekanan usus.

▶️Fennel seed Powder (Foeniculum vulgare) - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

▶️Senna (Cassia angustifolia) - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut ,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

▶️Alfalfa (Medicago sativa) - Ditanam tanpa racun perosak atau baja kimia, Alfalfa Shaklee mempunyai akar yang mendalam yang memberikan mineral dan enzim tulen yang tidak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan lain. ia bertindak membantu merobohkan protein, mengurangkan loya dan mengurangkan bengkak keradangan.

▶️Culver's root (Veronicastrum virginicum) - Digunakan sebagai penahan sakit, detoksifikasi, serta membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

▶️Blue melva flower (Malva sylvestris) - Herba ini adalah sumber fiber. dibawakan dari Amerika ke Europe, ia digunakan untuk melegakan batuk, sakit tekak,dan membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

▶️Rhubarb root (Rheum palmatum) - herba yang digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik. sama ada simptom anda sakit kepala, ketidakselesaan buasir atau sakit ulser, ini adalah herba kritikal dalam Herb-Lax.

▶️Anise seeds (Pimpinella anisum) - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk proses pencernaan.




teruja tak bila dah tau kandungan Herb Lax shaklee ni 😄
hebatkan bahan bahan yang digunakan oleh shaklee dalam Herb Lax. sebab tu sesiapa yang ada masalah sembelit, poo poo tak lawas sangat digalakkan ambik ni sehingga korang dapat membuang dengan amannya.

nak cari Herb Lax shaklee ni boleh lah tinggalkan komen dibawah atau contact hana terus.

TQ for readings 

Sunday, 25 March 2018

TIPS ATASI MASALAH CHICKEN POX DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua

Chicken pox ataupun demam campak sesuatu yang mengerikan. hana dah pernah kena waktu umur 7 tahun gitu. maknanya dah 20 tahun yang lalu, parut lubang pun masih ada.

demam campak kalau keluar yang jenis besar tu memang nak baring pun jadi tak tentu hala dibuatnya. selalunya ramai yang kena waktu kanak kanak tapi yang kena waktu dewasa tak kurangnya.

bila kena waktu dewasa ni masalah parut lah jadi masalah kan. nak pergi kerja pun malu tambah kalau naik penuh muka. hehe

jadi harini hana share tips nak atasi masalah chicken pox ni.

Apa itu chicken pox?


Chicken pox ataupun lebih dikenali sebagai cacar air ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus, varicella zoster dan menyebabkan ruam gatal yang melepuh (blister) pada permukaan kulit dan seluruh bahagian badan. virus ini juga merupakan virus yang menyebabkan kayap.


CARA ATASI CHICKEN POX DENGAN SHAKLEE 

1) Mandi dengan menggunakan Basic H


Basic H, adalah pencuci serbaguna yang bersifat organik, bebas daripada bahan kimia berbahaya dan mempunyai pH 6.5, iaitu pH yang seimbang dengan kulit kita dan juga lembut pada kulit. Basic H dapat membantu melegakan kegatalan ruam chicken pox tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit.

cara penggunaan :

titik kan 5-7 titik atau 1/2 sudu teh basic H ke dalam gayung mandi atau besen kecil dan campurkan dengan air. sapu air mandian basic H ke seluruh badan dan biarkan seketika. kemudian bilas. boleh mandi 3x sehari


2) Sapu herbal blend


Herbal blend, krim serbaguna yang organik dan bebas paraben. bersifat dingin dan tidak berminyak. Herbal blend dapat membantu menghilangkan ruam ruam dan mengurangkan kegatalan

cara penggunaan:

semasa ruam chicken pox sedang menggelembung air, sapu herbal blend disekeliling kawasan luar chicken pox sahaja (elakkan terkena pada blister, untuk hindarkan sebarang kemudaratan). selepas blister pecah dan kering, boleh sapu pada seluruh tubuh dan kawasan chicken pox.
kekerapan penggunaan. sekerap yang mungkin bergantung pada keadaan.


3) Ambik Nutriferon


Nutriferon ialah supplemen yang telah diformulasikan khas untuk menguatkan fungsi sistem imun badan secara semulajadi. Nutriferon membantu meningkatkan daya tahan badan melawan serangan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

cara penggunaan:

ambik 2 sachet nutriferon sehari bersama air panas atau sejuk. boleh juga ambik begitu sahaja


4) Performance drink


Minuman isotonik semulajadi tanpa gula ini mengandungi elektrolit penting yang dapat membantu mengelakkan hidrasi dan memberi tenaga segara supaya badan kekal segar

cara penggunaan:

bancuh 2 sudu besar performance drink dengan 500 ml air atau boleh dicampur dengan jus atau minuman lain. boleh diminum bila bila masa


5) Ambik Vitamin C


Vitamin C membantu menguatkan keimunan badan dan mempercepatkan proses pembaikkan luka kulit akibat ruam melepuh

cara penggunaan:

ambik 2 biji sehari pagi dan malam


6) Vitamin E


Vitamin e merupakan antioksidan yang dapat melembapkan kulit dan menghilangkan parut

cara penggunaan:

semasa ruam chicken pox sedang naik, boleh ambik vitamin e sebiji sehari. Selepas blister pecah, kering dan keruping sudah tanggal, boleh sapu vitamin e pada parut chicken pox


7) Vivix


Vivix, minuman campuran botani yang tinggi dengan antioksidan, kaya dengan resveratrol dan polifenol. Vivix membantu pembaikkan badan daripada peringkat sel. jadi sel kulit luka akibat ruam chicken pox yang melepuh jadi cepat baik dan parut cepat hilang. Vivix juga membantu memberi tenaga

cara penggunaan:

minum sesudu teh (5ml) setiap hari atau dibancuh dengan air


untuk kanak kanak yang terkena chicken pox hanya boleh ambik Basic H, Herbal Blend, dan Nutriferon.

bayi masih belum capai usia setahun dan masih menyusu, si ibu boleh makan dan anak boleh dapat melalui susu ibu.

untuk dewasa takda masalah untuk ikut semua tips diatas. jangan biarkan lelama chicken pox ni sebab bila dah berparut ambik masa untuk hilang tau.

dan jangan sesekali usik gelembung cecair tu sebab nanti akan tinggalkan parut berlubang dimuka. terus dah tak hensem dan cantik macam princess. hehehe

nak cari semua item dan supplement shaklee diatas boleh lah tinggalkan komen dibawah atau terus contact hana. 😄

TQ for readings

Saturday, 24 March 2018

SERAT PILIHAN BIJAK

Assalamualaikum semua

Serat makanan adalah komponen penting dalam memastikan pemakanan seharian adalah sihat dan seimbang.

mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh dapat membantu dalam sistem penghadaman tubuh badan.

pengambilan serat dapat mengelakkan berlakunya sembelit dan merawat sembelit.

serat juga memberi manfaat kesihatan lain seperti membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.



KURANGKAN RISIKO PENYAKIT

pengambilan serat membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan masalah jantung serta membantu dalam kawalan berat badan.

serat makanan hanya boleh didapati daripada sumber tumbuhan saja dan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu serat larut (soluble fibre) dan serat tak larut (insoluble fibre).

serat larut membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah dan paras gula, manakala serat tak larut berfungsi melancarkan proses penghadaman dan mengelakkan proses penghadaman lain.


CARA PENGAMBILAN SERAT
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan serat yang disarankan adalah 21 hingga 40 gram (g) sehari
  • merujuk kepada Garis Panduan Diet Malaysia (2010) saranan keperluan serat adalah antara 20g hingga 30g sehari. pengambilan serat harian dapat diperoleh daripada lima hidangan sayur-sayuran - tiga hidangan (satu cawan setengah sayur yang telah dimasak) dan dua hidangan buah-buahan (sebiji epal dan sepotong buah betik)
  • ambil lapan gelas air sehari



SERAT DARIPADA MAKANAN TAMBAHAN
  • Biskut serat tinggi
  • Roti gandum tanpa proses


SUMBER UTAMA SERAT
  • Buah-buahan 
  • Sayur-sayuran
  • Bijirin penuh (wholegrain) seperti oats dan kekacang


MERUJUK KEPADA GARIS PANDUAN DIET MALAYSIA (2010) SARANAN KEPERLUAN SERAT ADALAH 20-30 GRAM SEHARI

Pengambilan serat yang disarankan WHO adalah 21-40 gram sehari



SUMBER SERAT SEMULAJADI LEBIH BAIK
  • Serat larut : oats, kekacang, epal, barli, psyllium
  • Serat tak larut : sayur-sayuran dan kekacang


FAEDAH PENGAMBILAN SERAT
  • Seimbangkan berat badan
  • Mudahkan proses penurunan berat badan
  • Melambatkan proses penghadaman, rasa kenyang lebih lama
  • Tingkatkan sumber tenaga daripada karbohidrat dan protein utama seharian


BIJAK PILIH SAJIAN
  • Tukar roti putih kepada roti gandum penuh
  • Ambil kudapan daripada pilihan buah-buahan


TANGANI SEMBELIT KANAK-KANAK

Bagi kanak-kanak, saranan pengambilan serat makanan sehari adalah seperti berikut,
  • Tiga hingga lima tahun: 15g sehari
  • Lima hingga 11 tahun: 20g sehari
  • 11 hingga 16 tahun : 30g sehari

Friday, 23 March 2018

KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum semua

Dalam banyak jenis minyak ikan omega-3, tahu tak omega guard shaklee adalah yang terbaik di dunia. banyak kebaikan dan keistimewaan yang boleh kita dapat untuk seisi keluarga. rugi kan tak amalkan minyak ikan ni dari sekarang.

setiap satu rumah wajib ada sebotol omega guard ni. kenapa wajib? jom baca apa yang hana nak ceritakan kat bawah ni.



6 sebab mengapa anda perlu pilih omega guard shaklee?

💓 Penyulingan molekul tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. proses proprietari ini memekatkan omega 3 dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain lain bahan tercemar

💓 Kualiti terjamin - Minyak ikan bergred Farmaseutikal

💓 Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi - satu sajian memberikan 999mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA)

💓 Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA  dan banyak lagi

💓 Bau dan rasa hanyir yang minimum

💓 Diiktiraf oleh Friend of the Sea. ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan lama sekitar


asid lemak omega-3 adalah lemak yang sihat atau baik yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh.


Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh :


KESIHATAN JANTUNG

Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.

EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:

💟 membantu mengekalkan paras trigliserida (kolestrol) dan tekanan darah
💟 meningkatkan pengaliran darah
💟 mengekalkan degupan jantung yang sihat


FUNGSI OTAK

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan prihatin) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:

💟 penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf
💟 kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian
💟 memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk


KESIHATAN SENDI

EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:

💟 mengekalkan ketumpatan mineral tulang
💟 menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
💟 mengurangkan keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis
💟 bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yan berkeriut serta bergerak  dengan lancar


KEHAMILAN

Asid lemak omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.

selepas bayi dilahirkan, omega-3 menyokong:

💟 perkembangan otak dan fungsi imun
💟 kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
💟 perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
💟 DHA adalah komponen utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi
💟 DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak boleh mengurangkan risiki alahan pada bayi menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat





Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit,membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

banyak kan manfaat yang boleh kita perolehi dari minyak ikan omega 3 ni. cumanya masih ramai yang belum praktiskan dalam pengambilan makanan tambahan harian.

anak yang selalu kena semput ataupun ada penyakit asma, boleh ikhtiar dengan omega guard.
info lanjut klik sini

nak dapatkan omega guard shaklee yang original ni boleh dapatkan dengan hana. boleh tinggalkan komen dibawah ataupun contact hana terus. 😄

TQ for readings

Wednesday, 21 March 2018

RESEPI : PERFOMANCE DRINK + TEMBIKAI

Assalamualaikum semua

Harini hana nak share resepi performance dengan tembikai.
agak agak macam rasanya. nak tau kena lah cuba. 😁

tambah sekarang musim panas boh ais minum sejuk sejuk,
Allah lega anak tekak gedik gedik suka. hehe

===============================
PERFORMANCE DRINK + TEMBIKAI
===============================




bahan bahannya:
  • 3 sudu performance drink
  • beberapa potong tembikai (terpulang nak banyak mana)
  • 250ml air masak atau air mineral

cara caranya:
  • blend semua bahan diatas sehingga sebati dan siappp.
  • nak sejuk boleh tambah ais atau simpan sekejap dalam peti sejuk

sebelum di blend

kat sini hana nak bagitau ada beberapa golongan di bawah ini disarankan untuk mengambil Performance Drink:

  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (minum air pun muntah)
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Mereka yang aktif bersuka
  • Mereka yang kurang minum air
  • Mereka yang berpuasa
  • Mereka yang kerap sakit kepala
  • Mereka yang kurang sihat (demam, selsema dsb)
  • Kanak-kanak yang demam
  • Mereka yang gemar minuman isotonik (altenatif yang lebih sihat)
jadi yang nak dapatkan perfomance drink ni boleh lah contact hana di whatsapp okey.

TQ for readings 😙

WORDLESS WEDNESDAY


Tuesday, 20 March 2018

PETUA HINDARI PETI AIS BERBAU

Assalamualaikum semua

Kebiasaanya apabila balik dari percutian yang panjang dan peti ais dibuka, mulalah terdapat beberapa bau kurang menyenangkan hingga boleh menimbulkan rasa mual.

peti ais tempat menyimpan pelbagai makanan terutama yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. oleh itu, amat penting untuk sentiasa memantau dan membersihkan peti ais daripada makanan yang sudah tamat tempoh, seterusnya mengelak bau busuk memenuhi ruang peti ais tu.



ada beberapa tips untuk memastikan peti ais sentiasa segar dan bebas bau memualkan.

➤ Sentiasa bersihkan peti ais dan lap air atau makanan yang tertumpah sebelum ia melekat dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan

➤ Bagi kotoran degil, gosok soda penaik padanya dengan menggunakan kain yang lembap

➤ Soda penaik juga boleh digunakan untuk menyerap bauan kurang menyenangkan dalam peti ais dengan cara membuka bekasnya dan diletakkan pada satu sudut dalam peti ais

➤ Selain soda penaik, bahan lain yang boleh digunakan untuk menyerap bau ialah kopi kisar yang dituang pada pinggan ataupun arang aktif

➤Setkan suhu peti ais optimum, terlalu tinggi akan menyebabkan makanan cepat rosak tetapi terlalu rendah akan menyebabkan pembaziran bil elektrik

➤ Gunakan bebola kapas yang dibasahkan dengan vanila dan diletakkan di dalam peti ais untuk mendapatkan bau harum

➤ Potongan lemon juga boleh diletakkan untuk mendapat bau segar setiap kali peti ais dibuka

➤ Jangan simpan makanan terlalu lama seballiknya guna dalam tempoh beberapa hari dibeli, bagi mengelak pembaziran apabila ia rosak dan mengeluarkan bau busuk

➤ Keluarkan dan buang makanan yang sudah hampir tamat tempoh ataupun yang sudah menunjukkan tanda rosak

➤Gunakan oats kerana ia boleh menyerap sebarang oats

➤ Sekiranya terdapat tumpahan makanan atau minuman yang mengeluarkan bau selepas ia dibersihkan, lap sekali lagi kawasan itu dengan kain yang dibasahkan dengan jus tomato, sebelum dilap sekali lagi dengan menggunakan air suam

➤ Bagi memastikan peti ais segar, lap dengan cuka untuk menghilangkan bau makanan yang berpindah kepada makanan lain atau mencemarkan kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup

➤ Bagi mengelakkan bau makanan berpindah kepada makanan lain atau mencemarkan kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup

➤ Ais juga boleh disimpan bekas bertutup bagi mengelak bau makanan laut terlekat padanya

➤ Roti tidak harus disimpan di dalam peti ais kerana sifatnya yang menyerap bau menjadikan ia tidak begitu menarik untuk dimakan sebaik dikeluarkan dari peti ais

➤ Tandakan tarikh beli dan tamat tempoh setiap makanan pada bekasnya supaya ia tidak perlu disimpan lama. Bukan saja bau dapat dihindarkan, peti ais jugak tidak menjadi terlalu padat sekaligus suhu kekal sejuk

➤ Sekiranya suhu menurun mendadak, dapatkan orang yang betul untuk membaikinya dengan kadar segera


semoga petua ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

TQ for readings. 

Monday, 19 March 2018

KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum semua

Korang tahu tak vitamin B complex salah satu supplement yang penting untuk tubuh badan kita
selalunya wanita hamil digalakkan ambil B-complex ni sepanjang kehamilan.

tapi orang biasa ada kelebihan lain yang boleh kita dapat dari vitamin tersebut.



B complex Shaklee mengandungi kesemua 8jenis Vitamin B complex lengkap iaitu
💘 Vitamin B1 (thiamine)
💘 Vitamin B2 (riboflavine)
💘 Vitamin B3 (niacin)
💘 Vitamin B5 (pathotenic acid)
💘 Vitamin B6 (pridoxine)
💘 Vitamin B12 (cyanocobalamine)
💘  Asid folic dan biotin

Vitamin B complex shaklee mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. 
yang mana jumlah asid folik yang mencukupi bagi wanita hamil dapat mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.


Kelebihan B Complex Shaklee
💟 Dapat memberi tambahan tenaga
💟 Dapat mengelakkan penyakit beri- beri (kekurangan vitamin B1)
💟 Merangsang pertumbuhan kanak-kanak
💟 Membantu dalam pertumbuhan kuku, kulit serta rambut yang cantik
💟 Menguatkan antibodi
💟 Dapat mencegah anaemia dengan membantu penghasilan sel darah merah
💟 Diperlukan dalam pembentukan asid amino
💟 Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
💟 Penting untuk aktiviti sel genetik
💟 Penting untuk sirkulasi (peredaran) dan fungsi normal sistem saraf
💟 Dapat mengurangkan stress





Kelebihan B complex untuk ibu hamil

👱 Membantu dalam pembentukan dan aktiviti sel genetik
👱 Mencegah anaemia
👱 Membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mencegah kecacatan janin


Kelebihan B complex untuk orang dewasa


👷 Menambahkan tenaga
👷 Mengurangkan stress
👷 Melambatkan proses uban dirambut
👷 Membantu meningkatkan konsentrasi


Kelebihan B complex untuk kanak -kanak

👯 Merangsang pertumbuhan
👯 Meningkatkan kemampuan berfikir
👯 Memberi tenaga tambahan


Kelebihan B complex kepada ibu berpantang

👩 Memberi tenaga dan keseimbangan hormon
👩 Mengelakkan daripada post partum depression (meroyan)


banyakkan kelebihan untuk vitamin B-complex ni
baik wanita mahupun lelaki

nak tau lebih mengenai vitamin b complex shaklee boleh tinggalkan komen dibawah atau contact hana 😄

TQ for readings 

Saturday, 17 March 2018

APA TU COQ-10 ?


Assalamualaikum semua

pernah dengar tak CoQ10 atau pun Q10?
hana yakin tak ramai yang tau tentang supplement ni




CoQ10 atau Coenzyme Q10 mahupun Q10 adalah nama yang sama
cara nak sebut pun bukan sebarangan sebut tau

bukan sebut cok-10 tau
tapi cara sebutan yang betul adalah Ko-Q-10

CoQ10 adalah nutrien yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular iaitu nutrien penting untuk kesihatan jantung

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati

ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari

walau bagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Tahukah Anda?
Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:



tanda badan kurang CoQ10:

✔ Sering rasa lemah

✔ Mudah penat/keletihan

✔ Cepat mengantuk

✔ Tiada tenaga



KEISTIMEWAAN CoQ-10 Shaklee

• CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10

bersama resveratrol dan tokoferol

• Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun





nak tau pasal CoQ10 shaklee boleh komen dibawah atau contact hana 😄

TQ for readings 


Thursday, 15 March 2018

PILIHAN SET DETOX SHAKLEE

Assalamualaikum semua

lama betul hana tak blogging berhabuk dah rasa blog ni 
padahal baru beberapa hari je tak menulis. harini hana adaa nak kongsi tentang set detox shaklee 😁

sebelum tu hana tanya korang selalu tak buat detox badan?
ke jarang jarang buat makan pun makan je apa nak dimakan


detox penting untuk proses buang toksin atau bahan bahan yang ada dalam badan yang mengganggu kesihatan dan fungsi tubuh terutama dalam proses penyerapan vitamin

dari mana datangnya toksin?

toksin boleh berpunca daripada pemakanan contohnyad makanan segera atau yang berkafein tinggi,  melalui persekitaran kita (asap rokok), bahan kimia dan air berlogam

tanda tanda badan ada toksin :

💋 muka berjerawat
💋 pernafasan berbau
💋 kulit kusam
💋 sering letih
💋 sakit kepala
💋 kencing kotor
💋 perut buncit
💋 ketidakseimbangan hormon

detox penting untuk meringankan beban kerja organ dalaman terutamanya usus,hati, ginjal, kulit dan sistem limpa yang berperanan penting dalam pengeluaran toksin

macam mana nak detox buang toksin ni?
okey sekarang nak mudah boleh pilih detox dengan set detox shaklee

dalam set detox shaklee ada 6 pilihan yang boleh korang pilih ikut masalah yang korang hadapi

💕 Alfalfa


  • detox seluruh badan
  •  cuci usus bagi buang toksin
  • mengandungi alkali yang tinggi untuk meneutralkan asid dalam badan
  • melegakan sembelit
  • membantu masalah penghadaman dan pencernaan


💕 Herblax


  • detoks usus
  • melegakan sembelit
  • meningkatkan proses pencernaan secara lawas
  • mengandungi daun senna yang bertindak sebagai agen pelembut najis.
nak tau kandungan bahan herblax dengan details klik sini

💕 DTX


  • detoks hati
  • menyahtoksin bahan beracun dari hati supaya organ berfungsi secara normal
  • hati bertindak sebagai penapis toksin
  • bila fungsi hati terganggu, dengan mudah timbuman toksin akan menyerang organ yang lain


💕 Peppermint Ginger Plus


  • detox usus
  • mengandungi halia yang baik untuk sistem penghadaman
  • pudina yang terdapat dalamnya kaya dengan vitamin c untuk membunuh kuman.
  • mengandungi fennel/jintan manis yang baik untuk cuci usus dan perut


💕 Vivix


  • detox darah
  • mengeluarkan dan membersihkan kotoran termasuk bahan toksin dan beracun dari sistem tubuh
  • memperbaiki masalah penghadaman


💕 Garlic


  • agen pencuci darah
  • menyahtoksin berlogam dan merkuri akibat dari penggunaan bahan kosmetik


nak detox ni kena beli semua ni ke?
okey tak perlu pun sampai semua tapi kalau ada bajet extra why not kan
cuma hana cadangkan ambik ikut kesesuain masalah yang dihadapi oleh badan kita kalau tak mampu ada 3 cadangan pilihan



item bajet: Herblax dan Garlic

item medium: Peppermint Ginger Plus, Garlic, Alfalfa

item premium: DTX, Vivix

macam was was yang mana korang perlu ambik atau pun tak boleh je terus contact hana okey 😊

TQ for readings
anything boleh tinggalkan komen anda




Wednesday, 14 March 2018

RESEPI : PERFOMANCE DRINK + OREN + MANGGA

Assalamualaikum semua

Agak  agak harini hana share resepi ni sedap tak?
cuba korang bayangkan performace drink dah la ada flavor oren, letak pulak buah fresh iaitu mangga dengan oren jugak. rasa lagi ngeces tau 😋

okey sekarang jom buat air isotonik yang super yummeh ni.


=====================================
PERFORMANCE DRINK + OREN + MANGGA
=====================================



bahan bahannya:

  • 3 sudu Performance drink
  • 2 biji oren( potong kecil kecil)
  • 1/2 biji mangga(hiris kecil kecil)
  • 250ml air masak atau air mineral


cara caranya:

  • blend semua bahan di atas sehingga semua hancur dan sebati
  • siap untuk minum
  • nak sejuk tambah ais atau simpan dalam peti sejuk sekejap



apakah kelebihan Performance Drink?

sangat banyak jika dibandingkan dengan minuman isotonik biasa. antara kelebihannya adalah:

💢 bebas gas atau tidak berkarbonat
💢 kurang kandungan gula (less sugar)
💢 tidak mengandungi lemak
💢 tidak mengandungi kolestrol
💢 tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
💢 dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi
💢 mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus
💢 membantu mengatasi masalah dahaga (sesuai sangat utk minum ketika bersahur di bulan puasa)
💢 bersifat isotonik

jumlah kepekatan karbohidrat yang ada didalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah.

kesannya? tubuh lebih bertenaga dan cergas!

tak lama lagi dah masuk ramadhan boleh lah beli performance drink satu tong minum waktu berbuka nanti. takda lesu badan nak solat teraweh.

amboi hana awal nau sebut puasa tu, heee 😁

yang nak dapatkan produk atau supplement shaklee boleh terus contact hana okey.

TQ for readings 😙


WORDLESS WEDNESDAY


Friday, 9 March 2018

RESEPI : PERFORMANCE DRINK + MANGGA

Assalamualaikum semua

Hana nak share satu resepi harini. 
bukan resepi ketam masak lemak cili padi mahupun chicken butter tapi resepi yang lagi sedap dan bertenaga.

korang selalu minum minuman isotonik tak? selalunya lelaki lah suka minum ni nak bagi tenaga.
macam redbull tu. ni je hana ingat, actually ada banyak kan minuman isotonik ni.

harini hana nak share resepi minuman isotonik yang sihat tanpa kandungan gula yang tinggi!

Perfomance Drink merupakan minuman isotonik yang ISTIMEWA kerana tidak mempunyai karbonat dan kandungan gula yang sangat minima.

Performance Drink membantu mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak. menarik bukan?

jom tengok resepi yang hana nak kongsikan ni.

=============================
PERFORMANCE DRINK + MANGO
=============================



bahan bahannya:

  • 3 sudu Performance drink
  • 1 biji mangga( hiris kecil kecil)
  • 250ml air masak

cara caranya:

  • blend kesemua bahan di atas sehingga hancur dan sebati
  • siap untuk di minum 😍
  • nak sejuk boleh tambah ais atau simpan dulu dalam peti sejuk



mudahkan resepi ni. kalau nak bancuh kosong macam tu je pun boleh. flavor orange rasanya. tapi tak manis. so good for health. yang mana suami atau korang sendiri suka minum air isotonik tu bertukar lah kepada Perfomance Drink ni okey.

yang nak dapat minuman isotonik ni boleh contact hana di whatsapp.

TQ for readings 😙

Thursday, 8 March 2018

KANDUNGAN BAHAN UTAMA VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum semua.

Harini nak kongsikan bahan yang terdapat dalam vivix. tau kan vivix tu. vivix adalah supplement botani yang paling laris disebabka bahan yang digunakan sangat sangat premium.


yang belum cuba lagi korang wajib cuba sebab vivix kaya dengan khasiat antioksidan.

Vivix diperbuat dari 4 jenis tumbuh-tumbuhan:

💖 Polygonum cuspidatum
💖 Muscadine grape
💖 European elderberry
💖 Purple carrot

keempat jenis pokok ni kaya dengan resveratrol yang juga merupakan antioksidan yang sangat hebat.

Polygonum cuspidatum dah digunakan oleh perubatan tabib Cina sejak berabad lamanya.

knapa shaklee pilih 4 pokok ni??

kerana kandungan reseveratrol disini lebih jauh banyak dari dalam red wine itself dan supplements resveratrol lain dipasaran.

so apa itu resveratrol??

Resveratrol ni ada pada kulit anggur yang menjadikan buah tu sangat purple.

bila dikaji semula resveratrol memberi perlindungan pada buah anggur itu dari dijangkiti penyakit atau kulat yang merosakkan pokok tu sendiri.

maka bila dimakan, effect anti-kulat tu akan dapat pada manusia.


💋 MUSCADINE GRAPES



  • saiznya besar lebih kurang 5cm diameter
  • warnanya lebih gelap dari anggur biasa
  • di tanam di South Calorina salah satu tempatnya
  • mengandungi resvesatrol dan polyphenols 
  • sejenis anggur liar yang mengandungi 20 kromosom berbanding anggur lain yang mempunyai 19 kromosom
  • mengandungi serat diet yang tinggi berbanding nasi dan oat
  • ianya juga mengandungi 40x ganda antioksida
  • terkandung juga quercetin ( komponen flaranoid ) berbanding anggur lain

💋 ELDEBERRY EROPAH




  • mengandungi sumber anthocyanins yang 3x ganda lebih berbanding karotrrid
  • mengandungi flaranoid sama macam muscadines grapes
  • mengandugi Vit A,B dan C
  • berfungsi sebagai antioksida semulajadi


💋 PURPLE CARROT ( WORTEL UNGU )



  • betakaraten 50% lebih banyak dari mortel oranye
  • mengandungi lrbih banyak antioksida dan vitamin A
  • warna ungu pada purple carrot berasal daripada pigmen antisianin.
  • terdapat nutrisi dan senyawa
  • vitamin A 24000 SI
  • vitamin B1 (thiamine)
  • vitamin B2, B3, B6,B9
  • vitamin C 7
  • energi 24 kalori
  • protein 1, 2 gram
  • lemak 0, 3 g
  • diet serat 3 g
  • kalsium 39ml


💋 POLYGONUM CUSPIDATUM


  • merangkumi ke semuanya sebiji muscadine grapes termasuk biji, kulit dan resveratrol yang mempunyai sumber komersial resveratrol yang tinggi.




jadi jangan pelik kalau hana cakap yang vivix ni adalah premiun supplement. terbaik dari ladang gitu. takkan sama dengan jenama lain dipasaran.

tapi vivix ni halal ke?
kan ada muscadine grape tu ?
nak tau halalkah vivix ni klik sini


so kalau korang nak tahu tentang kelebihan vivix ni atau nak dapatkan details mengenai vivix boleh terus contact hana okey .

TQ for readings 😙