Monday, 5 March 2018

KELEBIHAN KRIM HERBAL BLEND

Assalamualaikum semua

Monday blues ke harini? hari isnin kena ceria jadi tak boleh moody moody tau 😁

harini hana nak cerita tentang krim Herbal Blend. korang pernah dengar tak tak krim ni? 

Herbal blend multipurpose cream ni adalah krim sapu yang berbeza dari krim-krim yang lain kerana ianya dibuat tanpa paraben!



APA ITU PARABEN?

paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk menjadikan sesuatu bahan itu bertahan lebih lama.

ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. hampir semua paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi.

paraben ini boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.

tanpa kita sedari paraben ada di mana-mana seperti di dalam alat solek atau kosmetik, syampu, gel pembersihan, dan ubat gigi.




BAHAYA KE PARABEN NI?


• paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya disapu atas bahagian kulit.

• paraben boleh menyebabkan allergi dan ruam kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.

• walaupun penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, tetapi dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.

• menyebabkan proses penuaan kulit lebih cepat

• meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara

• mengganggu sistem pembiakan lelaki.


ANTARA KEGUNAAN HERBAL BLEND:

  • membantu atasi masalah eczema
  • merawat kulit gatal akibat serangan gigitan serangga
  • melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki
  • menghilangkan parut seperti parut chicken pox
  • melegakan ruam pada bayi
  • merawat kesan luka 
  • membantu membuang angin pada perut



anak anak yang ada eczema atau kulit jenis sensitif hana sangat recommend kan herbal blend ni untuk sapuan luaran. 

sangat mampu milik krim ni.

nak dapatkan herbal blend dengan hana boleh contact hana di whatsapp okey.

TQ for readings 😘



No comments:

Post a Comment