Tuesday, 20 March 2018

PETUA HINDARI PETI AIS BERBAU

Assalamualaikum semua

Kebiasaanya apabila balik dari percutian yang panjang dan peti ais dibuka, mulalah terdapat beberapa bau kurang menyenangkan hingga boleh menimbulkan rasa mual.

peti ais tempat menyimpan pelbagai makanan terutama yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. oleh itu, amat penting untuk sentiasa memantau dan membersihkan peti ais daripada makanan yang sudah tamat tempoh, seterusnya mengelak bau busuk memenuhi ruang peti ais tu.



ada beberapa tips untuk memastikan peti ais sentiasa segar dan bebas bau memualkan.

➤ Sentiasa bersihkan peti ais dan lap air atau makanan yang tertumpah sebelum ia melekat dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan

➤ Bagi kotoran degil, gosok soda penaik padanya dengan menggunakan kain yang lembap

➤ Soda penaik juga boleh digunakan untuk menyerap bauan kurang menyenangkan dalam peti ais dengan cara membuka bekasnya dan diletakkan pada satu sudut dalam peti ais

➤ Selain soda penaik, bahan lain yang boleh digunakan untuk menyerap bau ialah kopi kisar yang dituang pada pinggan ataupun arang aktif

➤Setkan suhu peti ais optimum, terlalu tinggi akan menyebabkan makanan cepat rosak tetapi terlalu rendah akan menyebabkan pembaziran bil elektrik

➤ Gunakan bebola kapas yang dibasahkan dengan vanila dan diletakkan di dalam peti ais untuk mendapatkan bau harum

➤ Potongan lemon juga boleh diletakkan untuk mendapat bau segar setiap kali peti ais dibuka

➤ Jangan simpan makanan terlalu lama seballiknya guna dalam tempoh beberapa hari dibeli, bagi mengelak pembaziran apabila ia rosak dan mengeluarkan bau busuk

➤ Keluarkan dan buang makanan yang sudah hampir tamat tempoh ataupun yang sudah menunjukkan tanda rosak

➤Gunakan oats kerana ia boleh menyerap sebarang oats

➤ Sekiranya terdapat tumpahan makanan atau minuman yang mengeluarkan bau selepas ia dibersihkan, lap sekali lagi kawasan itu dengan kain yang dibasahkan dengan jus tomato, sebelum dilap sekali lagi dengan menggunakan air suam

➤ Bagi memastikan peti ais segar, lap dengan cuka untuk menghilangkan bau makanan yang berpindah kepada makanan lain atau mencemarkan kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup

➤ Bagi mengelakkan bau makanan berpindah kepada makanan lain atau mencemarkan kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap bertutup

➤ Ais juga boleh disimpan bekas bertutup bagi mengelak bau makanan laut terlekat padanya

➤ Roti tidak harus disimpan di dalam peti ais kerana sifatnya yang menyerap bau menjadikan ia tidak begitu menarik untuk dimakan sebaik dikeluarkan dari peti ais

➤ Tandakan tarikh beli dan tamat tempoh setiap makanan pada bekasnya supaya ia tidak perlu disimpan lama. Bukan saja bau dapat dihindarkan, peti ais jugak tidak menjadi terlalu padat sekaligus suhu kekal sejuk

➤ Sekiranya suhu menurun mendadak, dapatkan orang yang betul untuk membaikinya dengan kadar segera


semoga petua ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

TQ for readings. 

No comments:

Post a Comment