Assalamualaikum semua
Hai, apa khabar semua?
dah masuk 1 Mac dah harini kan. kejap nya dah masuk suku tahun.
tak lama lagi dah nak rayakan. dah ganti puasa ke belum? 😀
okey harini hana nak cerita tentang alfalfa. pernah dengar apa tu alfalfa atau korang sendiri ada amalkannya. alfalfa ni tak semua orang boleh ambik tau.
ada sebab dan kenapa orang orang yang sedang berada disituasu tak boleh amalkan alfalfa.
jadi alert ya diri korang sendiri ke atau orang sekeliling kita.
5 GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH AMALKAN ALFALFA
1. WANITA MENGANDUNG
Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung
2. PENYAKIT AUTOIMUN
Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk
3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID
Pesakit yang mempunyai penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk
4. KENCING MANIS
Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma
5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG
Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa.
jadi siapa yang digalakkan ambik alfalfa ni?
- Ibu menyusu : sebagai milkbooster membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan air susu ibu ditambah dengan ESP yang mampu memekatkan susu membuatkan bayi anda mudah kenyang dan tidur lena
- Nak kurus : bertindak menyahkan lemak-lemak yang telah dibakar oleh lecithin tadi, terus disingkirkan daripada badan melalui perkumuhan
- Penghidap resdung : Alfalfa merupakan antihistamine semulajadi yang paling mudah dan murah. Ia membantu mengurangkan alergi dan sinus. Sebaiknya dengan kombinasi SR Vita-C Shaklee
- Detox : fokus kepada pembuangan toksin dari seluruh tubuh, membersihkan usus dan kolon serta menyahkan lemak dan kolesterol yang tidak bermanfaat. Alfalfa yang kaya dengan serat, dibantu pula dengan herblax, sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah pelawasan, sembelit, dan kurang pengambilan serat.
dah tau kan siapa yang boleh dan tak boleh amalkan. tak semua supplement sesuai dengan kita.
yang penting kita tau keadaan diri kita sebelum ambil mana mana supplement. yang perlukan Alfalfa shaklee boleh lah contact hana okey.
TQ for readings 😚
No comments:
Post a Comment