Thursday, 29 March 2018

PUNCA PENYAKIT GASTRIK DAN CARA ATASINYA

Assalamualaikum semua

Gastrik adalah keradangan di bahagian perut disebabkan oleh jangkitan bakteria atau penggunaan ubat anti keradangan dalam tempoh yang lama. namun begitu terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan sakit gastrik seperti penyakit autoimun, Crohns disease dan lain lain penyakit.



gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Gastrik Ringan

Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.

2. Gastrik Berat

Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3. Ulser Gastrik (peptic ulcer)


merujuk kepada ulser perut. ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

secara semulajadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). 

jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

antara simptom gastrik adalah,

💖 Sakit dibahagian abdominan
💖 Rasa ingin muntah, loya
💖 Muntah muntah
💖 Pedih didalam perut
💖 Rasa tidak hadam
💖 Kurang selera makan


terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah gastrik :

💥 Elak makanan bergoreng, berminyak, pedas dan minum beralkohol
💥 Banyakkan makan dan minum dari bahan makanan seperti yogurt, teh hijau, lobak merah, air kelapa dan halia, peppermint ginger plus
💥 Amalkan kebersihan tangan sebelum makan dan makan dan minum makanan yang bersih dapat elakkan dari sakit gastrik
💥 Amalkan pemakanan yang sikit tetapi kerap
💥 Jangan tinggalkan waktu makan utama seperti makan pagi, tengahari dan malam
💥 Berhenti dari tabiat merokok
💥 Kerapkan minum air sejuk dan amalkan aiskrim




bagi yang memang ada gastrik dan selalu kena gastrik ni hana cadangkan ambik Peppermint Ginger Plus. sangat membantu untuk kurangkan rasa gastrik tu.

Peppermint Ginger Plus adalah diperbuat daripada kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains terkini. campuran 4 herba yang dimaksudkan itu ialah Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis.

secara klinikal Peppermint Ginger Plus ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah gastrik, masalah loya, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

jangan dibiarkan atau dilayankan gastrik ni sebab ianya melibatkan usus. jadi ikhtiar penting! 😄

nak dapat peppemint ginger plus ni boleh tinggalkan komen dibawah atau boleh contact hana terus.

TQ for readings 😗

No comments:

Post a Comment