Assalamualaikum semua
ingat ya,
walaupun anak anak kurang selera makan, jangan sesekali jamah anak pada fast food. selalunya makanan ringan atau junk food ni buntang biji mata diorang terus rasa selera nak makan. jadi sebagai ibu bapa kena pandai mainkan peranan penting.
jadi bagaimana untuk atasi masalah anak kurang selera makan?
disini hana share beberapa tips yang boleh korang apply pada anak anak.
5 TIPS TAMBAH SELERA ANAK
1) HIAS MAKANAN
Hias makanan anak |
untuk mengatasi anak susah makan, kita kena jadi yang berlainan dari yang biasa. kita cuba hiaskan makanan untuk anak.
kalau nasi dan sayur dibuat seperti muka ‘teddy bear‘, anak pasti suka. lebih-lebih lagi bila menghias watak kegemaran anak-anak seperti Mickey Mouse, Upin Ipin bergantung pada karektor kartun yang anak minat.
2) VARIASIKAN MAKANAN BERKHASIAT
Variasikan makanan berkhasiat |
kalau anak sukar untuk makan sayuran atau buahan, cuba campurkan sedikit dengan krim putar, keju cair atau ais krim. nampak macam tekak mat saleh sangat tapi cuba dulu. contohnya, brokoli yang bersalut keju cair.
pasti anak- anak akan makan juga kerana rasa sayur sudah tidak jelas, di enakkan dengan rasa keju. kalau mereka sukakan minuman manis, banyakkan buat jus buah. kalau mereka suka makan burger atau pizza, boleh lebihkan sayuran dan daging. lebih baik burger atau pizza itu dimasak sendiri oleh korang.
perlu ingat, jangan beri anak-anak makan makanan tidak sihat seperti fast food okey.
3) MAKAN SEKALI DENGAN ANAK
makan bersama anak anak |
kalau ibu-bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak ingin makan sayur? jadi korangsendiri kerana tunjukkan tabiat makan yang betul kerana anak-anak akan memerhatikan dan mungkin mengajuk semula tindak-tanduk korang.
pastikan korang makan mengikut masa seperti rutin biasa seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya anak juga terikut-ikut cara korang. tabiat makan makanan yang sihat juga adalah baik untuk mempengaruhi anak-anak.
4) JANGAN PAKSA ANAK
jangan paksa anak |
sentiasa berfikiran positif. jangan cuba cara ugutan iaitu seperti tidak membenarkan anak anda bermain jika dia tidak habiskan sayur. ia akan menanamkan rasa negatif dan benci terhadap sayur dimana mereka langsung tidak akan sukakan makanan tersebut.
bertolerasi adalah cara yang terbaik. atau dengan kata lain, ‘rasuah positif’.
contohnya, janjikan mereka makanan yang mereka suka dengan syarat mereka menghabiskan sayuran mereka. jadi, mereka akan makan sayuran dengan lebih kerap dengan harapan mahu makan apa yang mereka suka selepas itu.
sekurang-kurangnya ianya bukan atas dasar paksaan dan ada perasaan negatif.
5) TUNJUKKAN KARTUN ATAU VISUAL YANG ANAK SUKA
tunjuk kartun yang makan sayur |
rajinkan diri untuk mengkaji dan kemudiannya menayangkan video kegemaran anak-anak yang menggambarkan pemakanan yang sihat.
biasanya kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di video tambahan kalau ada watak kegemaran mereka yang turut sama lakukan sesuatu seperti memakan makanan sihat.
secara perlahan-lahan, anak yang mungkin payah untuk makan akan mula melihat tabiat makan itu adalah perkara baik.
contohnya seperti watak Popeye yang selalu makan sayur. ada sebabnya mengapa watak-watak kartun dan artis-artis berpengaruh dibayar berjuta ringgit.
ini kerana mereka mampu memberi arahan dan mempengaruhi anak-anak lebih baik dari anda. kalau mahu lebih efektif, buka episod Upin & Upin yang makan sayur.
SELALU SIBUK TIADA MASA NAK SEDIAKAN MASAKAN ANAK ?
dengan adanya MEAL SHAKES dari shaklee akan mudahkan urusan harian korang. seminggu hanya 2 kali masak jadi tiada masa untuk sediakan makanan berkhasiat untuk anak.
korang boleh campurkan meal shakes dalam susu anak anak atau dalam minuman kegemaran diorang.
6 KEBAIKAN MEAL SHAKES SHAKLEE
Meal Shakes Shaklee |
1. Menyediakan nutrisi lengkap - 24 jenis vitamin A-Z, mineral & 'trace mineral'.
2. Membekalkan nutrien kepada sel-sel - kaya dengan protein dan tidak mempunyai laktosa.
3. Untuk pembesaran - mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium.
4. Anti-oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
5. Untuk pemulihan kulit - sesuai untuk yang inginkan kulit cantik
6. Agen detox - kaya dengan serat dan prebiotik, membantu mengatasi masalah sembelit dan menyihatkan usus.
meal shakes sangat sesuai untuk anak anak dan orang dewasa yang ingin mendapatkan berat yang ideal akibat underweight.
Resepi Mealshake
1 biji mangga/pisang/buah kegemaran lain
1 cawan susu segar
2 sudu besar Mealshake
Sedikit ais
Cara menyediakannya:
masukkan semua kedalam pengisar dan kisar sehingga ais hancur. Siap!
rasa nak tau lebih details tentang Mealshakes shaklee?
boleh terus contact hana okey. 😊
adiosss.
TQ for readings 😘
No comments:
Post a Comment