Assalamualaikum semua
Adakah korang salah seorang daripada mereka yang kecewa dengan berat badan sendiri? bukan masalah gemuk, tapi masalah underweight, atau terlalu kurus?
setiap kali ingin membeli pakaian pasti ada masalah untuk mendapatkan saiz yang sesuai. apa tidaknya, baju bersaiz ‘S’ pun nampak terlalu longgar? sebaliknya, saiz ‘XS’ baru ngam.
kalau ya, jom semak info berikut untuk mendapatkan berat badan ideal.
sumber makanan tinggi protein |
1) AMBIL MAKANAN TINGGI PROTEIN
setiap hari pastikan ambil makanan yang kaya dengan protein dan tinggi kalorinya. antara makanan berprotein tinggi yang boleh dijadikan pilihan ialah daging lembu, dada ayam tanpa kulit, salmon, tuna, sardin, mackerel, telur, makanan berasaskan soya, keju rendah lemak, dan yoghurt rendah lemak. jika makan nasi, ambillah lauk-pauk yang terdiri daripada makanan tersebut.
makanan yang berkalori |
2) TAMBAH PENGAMBILAN KALORI
sekiranya tidak boleh makan banyak dalam satu masa, boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. cara ini perlu untuk menambah pengambilan kalori. cuba makan enam kali sehari - sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam (supper). untuk minum pagi, minum petang dan minum malam, pilih menu yang sihat dan berkhasiat.
jangan sesekali menambah pengambilan makanan secara berlebihan. ingat, yang paling penting ialah khasiat yang terkandung di dalamnya, bukan jumlahnya!
jangan skip waktu makan |
3) JANGAN SKIP WAKTU MAKAN
kalau orang nak kurus tak boleh skip waktu makan, misi tambah berat badan pun kena buat perkara yang sama. jangan hadkan pengambilan diet karbo dan lemak, sesuaikan dengan jumlah kalori yang anda sangat perlukan. lebih baik disekalikan dengan kombinasi protein, karbohidrat dan lemak dalam diet harian. ambil 3 kali sehari dan selang selikan dengan snek sihat tambahan sementara menunggu waktu makan utama.
makan sedikit tapi kerap |
4) MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP
jika anda berhadapan masalah kurang selera makan, anda boleh mengambil portion makanan yang sedikit tetapi kerap. bawa makanan bersama anda jika perlu. tapi, elakkan junk food yang tinggi kandungan gula dan garam. ambil makanan yang sihat seperti kekacang, buah-buahan dan fitbar.
jangan lupa bersenam |
5) BERSENAM
bersenam bukan sahaja boleh menurunkan berat badan, tetapi ia juga mampu menambah berat badan. latihan mengangkat beban dan aerobik misalnya, selain dapat menjaga tubuh tetap fit, ia juga dapat membentuk otot tubuh secara perlahan-lahan.
pastikan terdapat komposisi yang seimbang antara apa yang anda makan dengan senaman yang dilakukan. Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.
rasa susah nak follow cara diatas, hana boleh cadangkan sesuatu yang pantas dan jimat masa. 2 minit dah boleh siap 😀
Mealshakes shaklee
Mealshake sangat membantu untuk menambah selera makan. jadi untuk yang rasa terlalu kurus nak gemmss sikit boleh lah bancuh ni waktu sarapan.
untuk anak anak yang tak suka makan sayur, makan pun memilih, atau kurang makan sangat membantu dengan pengambilan MEAL SHAKES ni.
nak tau lebih details pasal produk shaklee boleh terus contact hana. 😁
adiosss.
TQ for readings 😘
No comments:
Post a Comment