Assalamualaikum semua
Morning sickness terjadi pada jam-jam awal pagi, dan seiring waktu secara bertahap akan meningkat. ada juga datang morning sickness setiap saat sepanjang hari. rasa mual mungkin ringan, atau cukup parah sampai muntah-muntah.bau tertentu juga boleh sebabkan rasa loya, meyebabkan tiada ada selera untuk makan dan minum sehingga mommy preggy ini berasa letih sepanjang hari.
morning sickness disebabkan kehadiran hormon hCG dalam darah yang dikeluarkan oleh uri dalam rahim. jadi mereka mungkin merasa letih kerana tiada makanan yang dapat dijamah dan minum apa apa jenis minuman.
tapi jangan risau morning sicness adalah petanda yang baik bagi wanita yang hamil. tahap horon hCG dalam tubuh semakin meningkat dan bayi berada dalam keadaan yang baik.
bagi wanita yang tidak mengalami rasa loya dan muntah tak bermakna kehamilan mereka dalam bahaya. jangan risau okey.
CARA ATASI MORNING SICKNESS
๐ Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap
jangan biarkan perut dalam keadaan yang kosong kerana ia boleh membuat rasa loya menjadi lebih teruk. makan sedikit dan kerap boleh membantu memastkan tahap gula dalam darah menjadi stabil. sediakan makanan yang berkhasiat mengikut selera korang pada hari tersebut.
๐ Makan makanan yang kaya dengan protein
wanita yang hamil harus makan makanan yanng kaya protei dan vitamin B seperti kacang. cuba elakkan makanan pedas, masam, berlemak atau makanan bergoreng yang mungkin menyebabkan rasa loya.
๐ Makanan yang tidak panas lebih baik daripada yang panas
bau masakan panas panas yang baru siap dimasak berkemungkinan akan sebabkan rasa loya. jadi cuba hindari makanan yang panas baru masak.
๐ Banyakkan minum air
minum air mineral dan jus sebanyak yang mungkin adalah cara untuk mengelak loya dan muntah. cumanya jangan banyak minum ketika makan kerana ia akan menggangu pencernaan kerana perut menjadi lebih mudah penuh dan kembung.
๐ Minum teh halia
air teh halia yang tidak terlalu pekat dapat membantu untuk legakan rasa loya.
๐ Mengambil pil multivitamin
wanita hamil juga dinasihatkan mengambil multivitamin ketika hamil bagi membantu untuk kurangkan rasa loya.
๐ Dapatkan rawatan doktor
jika berlarutan dan makin lemah badan hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
TQ for readings ๐
๐ Minum teh halia
air teh halia yang tidak terlalu pekat dapat membantu untuk legakan rasa loya.
๐ Mengambil pil multivitamin
wanita hamil juga dinasihatkan mengambil multivitamin ketika hamil bagi membantu untuk kurangkan rasa loya.
๐ Dapatkan rawatan doktor
jika berlarutan dan makin lemah badan hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
TQ for readings ๐
No comments:
Post a Comment