Thursday, 22 February 2018

TANDA TANDA BADAN BERTOKSIN DAN PERLU DETOX

Assalamualaikum semua

Setiap hari korang ada buat detox tak ? Penting ke detox ni?

detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.


selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan.

usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Tanda-Tanda Badan Bertoksin

sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. menurut beliau,

“setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan “


10 sebab kenapa perlu detox

1. Keluarkan toksin



kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. toksin ini tersimpan dalam tisu tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.

2. Mengelakkan penyakit kronik


toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.

3. Menguatkan sistem imun



semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan



toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan kesan penuaan


detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup


tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga


detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untuk kembali bertenaga.

8. Membaiki tahap kesihatan kulit


pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.

9. Menyihatkan minda dan emosi


apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh


sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Credit to Tengku Asmadi

nak detox dengan cara selamat dan sihat?
set detox shaklee terdapat 5 pilihan yang terbaik untuk korang.
  • Vivix
  • DTX
  • Alfalfa
  • Peppermint Ginger Plus
  • Herblax



jadi jom detox kan badan supaya badan sentiasa sihat dan segar tanpa sebarang penyakit. nak lebih details mengenai detox shaklee boleh terus contact hana okey 😊

adiosss.

TQ for readings 😘



No comments:

Post a Comment