Tuesday, 27 February 2018

RESEPI : ESP SHAKLEE DAN MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum semua

Bosan asyik bancuh ESP cara yang sama je ?
tau tak ESP juga boleh divariasikan dengan muffin coklat. konfem lagi sedap muffin tu berbanding yang kedai punya 😊

jom hana kongsikan resepi ni. yang pasti korang wajib cuba okey.

==========================
MUFFIN COKLAT DENGAN ESP
==========================



bahan bahan yang diperlukan:

3 cawan tepung gandum *
3/4 cawan serbuk koko*
1/4 cawnn ESP shaklee
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil garam *
2 cawan gula (nak guna 1 1/2 cawan pun boleh kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur gred A
2 cawan fresh milk
1 cawan minyak masak

cara caranya :

1. ayak bahan bahan bertanda *dan ketepikan
2. campur telur, susu, gula dan minyak masak. kacau sehingga sebati
3. masukkan bahan bahan yang diayak tadi dan kacau sampai tak ada yang berketul
4. masukkan paper cup dalam bekas muffin. masukkan 3/4 adunan saja, tabur coklat cip dan almond nips
5. bakar pada suhu 200° api atas bawah selama 20 minit
6. bila dah masak, taburkan sedikit ESP atas muffin tadi

Selamat Mencuba!!



jom try buat resepi strawberry smoothie ESP pulak nak, klik sini tau

teringin nak cuba ESP shaklee ?
boleh contact hana untuk dapatkan harga yang istimewa 😊

adiosss

TQ for readings 😘



No comments:

Post a Comment